@Pancing June 2021 | Page 14

DI PULAU JEMUR SELANGOR
Setiap kali datang ke jeti Pantai Jeram , Selangor untuk menikmati hidangan ikan bakar bersama keluarga , mata sentiasa tertumpu ke arah lautan melihat beberapa buah pulau yang tersergam indah . Sebagai seorang kaki pancing , naluri untuk memancing pasti ada .

@ Lokasi Memancing

MOHD KAMARUL IMRAN KAMARUDDIN | pengailkecil @ gmail . com

Lokasi Santai Memancing

DI PULAU JEMUR SELANGOR
Jeti batu di Pulau Jemur ketika air pasang .

Setiap kali datang ke jeti Pantai Jeram , Selangor untuk menikmati hidangan ikan bakar bersama keluarga , mata sentiasa tertumpu ke arah lautan melihat beberapa buah pulau yang tersergam indah . Sebagai seorang kaki pancing , naluri untuk memancing pasti ada .

TERDAPAT empat buah pulau berdekatan antara satu sama lain di perairan Selangor iaitu Pulau Besar , Pulau Batu , Pulau Terkukur dan Pulau Jemur . Pulau-pulau ini dikelilingi oleh struktur berbatu karang .

Sudah pasti ia berpotensi menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan . Lokasi pancingan yang dituju pada kunjungan yang lepas ialah Pulau Jemur kerana pulau ini dilihat agak strategik dan selesa untuk aktiviti pancingan secara santai .
Untuk ke Pulau Jemur , perkhidmatan bot disediakan di jeti Pantai Jeram dengan bayaran
14 | Jun 2021 | @ pancing