@Pancing June 2021 | Page 12

Jangan sesekali abaikan reba-reba yang terpisah jauh dari tebing seperti ini . Anda tidak akan tahu apa yang menunggu gewang anda di situ !
Gewang selaman dalam berwarna emas dengan pipi yang merah ini sentiasa menjadi pilihan saya untuk casting di sekitar bangkar kayu dan batu tatkala air masih rendah .
yang dalam . Seringkali pada trip yang lepas , saya dikejutkan dengan henjutan ikan yang kasar apabila berjaya dinaikkan ia merupakan Siakap Merah yang bersaiz kasar sehingga 2kg !
MJ bersaiz lebih 1kg ini berjaya saya tewaskan berdekatan celah-celah pokok Nipah di Sungai Sempadi .
WANING & WAXING
Keadaan cuaca sudah semestinya faktor utama , pastikan tiada hujan lebat beberapa hari sebelum trip . Setakat hujan sekejapsekejap , ia tidak akan menjejaskan keadaan sungai . Bagi saya sendiri , saya akan pastikan keadaan sungai jernih maksudnya tiada gangguan hujan yang mampu menjejaskan keadaan sungai .
Saya juga akan memilih bila keadaan air pasang surutnya pada siang hari tidak terlalu deras atau laju . Di sini keadaan ini dipanggil “ air medok ” atau “ air kedang ”, ianya ialah arus sewaktu pasang dan surut tidak terlalu laju seperti keadaan arus sewaktu air pasang besar .
Mengikut pengamatan saya , peratusan strike lebih tinggi dan ikan mulai makan seawal pagi tatkala bulan mulai surut atau ‘ waning ’. Kalau kena dengan air pasang surut yang cun , pasti strike tidak kira air surut atau air pasang .
Namun , ini tidak semestinya keadaan bulan besar atau ‘ waxing ’ tidak sesuai untuk casting di siang hari . Sewaktu bulan ‘ waxing ’ ikan agak kurang aktif dan masa ikan makan lebih pendek berbanding sewaktu bulan ' waning ' secara teorinya . Keadaan ini lebih sesuai bagi pancingan dasar pada waktu malam di muara , ikan akan lebih panjang waktu makannya pada sebelah lewat petang dan malam .
Sepanjang pengalaman saya casting , setiap tahun pasti ada waktunya atau keadaan air pasang surut yang cantik dengan bulan dalam keadaan surut ‘ waning ’. Kami akan strike sehingga lebih dari 50 ekor ikan !
Rekod peribadi saya sendiri sewaktu trip solo , saya pernah menaikkan 21 ekor MJ dan jumlah keseluruhan 35 ekor ikan hasil casting termasuk Siakap Merah , Merah Tanda dan Kerapu . Tips ini lebih kepada pemancing yang mempraktikkan pancingan casting sahaja . Semoga perkongsian pengalaman ini memanfaatkan semua pembaca terutamanya rakan-rakan sekalian . — @ Pancing
Soft plastic vibe yang turut berjaya menggoda MJ .
Selain gewang selaman dalam dan soft plastic , saya juga pernah menggunakan jig mikro sekitar 12 ke 20g untuk MJ !
Pertanyaan sewa bot : IBRAHIM 013- 825 0939
12 | Jun 2021 | @ pancing