@Pancing June 2021 - Page 11

“ Pemerhatian dan fokus kepada struktur-struktur sekitar sungai juga penting . Kerana tebing sungai merupakan kawasan pemburuan ikan-ikan predator seperti Siakap Merah dan lain-lain spesies .”
“ Pemerhatian dan fokus kepada struktur-struktur sekitar sungai juga penting . Kerana tebing sungai merupakan kawasan pemburuan ikan-ikan predator seperti Siakap Merah dan lain-lain spesies .”
Soft plastic berbentuk udang yang berjaya memujuk spesies pembuli ini .
“ Pemilihan warna gewang lebih bergantung kepada keadaan air , sama ada jernih atau sedikit keruh . Sewaktu air jernih , pelbagai warna gewang boleh digunakan dan warna pilihan utama saya sudah pastinya berwarna keemasan .”

Saya akan memfokuskan kawasankawasan berpotensi yang disukai Siakap Merah , pemilihan atau penggunaan gewang serta soft plastic dan keadaan air yang paling ideal . Awal tahun 2021 ini telah menyaksikan saya lebih tertumpu untuk casting di Batang Rambungan dan Sungai Sempadi .

LUBUK BERPOTENSI
Cara yang paling cepat dan penting untuk mengetahui lubuk-lubuk yang berpotensi adalah bertanya dengan pemancing tempatan atau penduduk kampung yang tinggal di sekitar sungai yang dipancing .
Kebiasaannya , pengetahuan mereka lebih tertumpu kepada lubuk-lubuk yang berbatu karang dan lebih kepada teknik pancingan dasar dengan menggunakan umpan . Mengikut pengalaman saya , lubuk-lubuk sebegini pernah menghadiahkan pelbagai spesies ikan , terutamanya MJ dan banyak lagi .
Pemerhatian dan fokus kepada strukturstruktur sekitar sungai juga penting . Kerana tebing sungai merupakan kawasan pemburuan ikan-ikan predator seperti MJ
dan lain-lain spesies . Terutamanya tebingan sungai yang mempunyai struktur bangkar kayu tumbang atau pokok-pokok Nipah yang ditenggelami air . Struktur-struktur begini menjadi pilihan ikan-ikan pemangsa kerana ia tempat berkumpulnya anak-anak ikan yang menjadi diet utama MJ ini .
Tips utama bagi pemancing yang ingin menyasarkan MJ di kawasan bangkar kayu sebegini ; pastikan guna set yang sedikit kasar . Joran dengan kekuatan lebih 15-30lb , tali sulam utama 20lb ke atas dan pastikan perambut bersaiz 40lb ke atas bersesuaian dengan kekuatan joran dan kekili .
Ini kerana bangkar-bangkar lama pastinya dipenuhi teritip tajam yang menyebabkan perambut putus dan mudah bagi mata tiga gewang untuk sangkut sehinggakan menyebabkan ikan berjaya meloloskan diri .
Bagi pemancing-pemancing yang rajin , rumah-rumah ( reba ) ikan ini boleh dibuat sendiri . Contohnya di kawasan tebing sungai sekitar lubuk yang sesuai , tebang pokok yang besar dan tenggelamkannya , pastikan ia diikat kemas supaya tidak mudah hanyut sekiranya arus laju sewaktu air pasang besar .
Selain pokok , culvert dan tayar buruk juga
MJ saiz sebegini selalunya bergerak dalam kumpulan .
sesuai ditenggelamkan ke dasar sungai untuk dijadikan rumah ikan . Namun pastikan ia diisi atau diletakkan pemberat supaya tidak hanyut dan hilang .
PILIHAN GEWANG
Apakah pilihan gewang utama saya ? Seperti kebanyakan gewang yang anda pernah lihat dalam photo-photo saya yang pernah keluar dalam artikel-artikel sebelum ini . Gewang selaman dalam sepanjang 75mm dengan selaman sehingga 2 ke 3m menjadi pilihan saya untuk menyasarkan MJ yang suka bersembunyi di bangkar-bangkar kayu dan struktur-struktur berbatu sekitar tebing sungai .
Pemilihan warna gewang ini lebih bergantung kepada keadaan air , sama ada jernih atau sedikit keruh . Sewaktu air jernih , pelbagai warna gewang boleh digunakan dan warna pilihan utama saya sudah pastinya berwarna keemasan .
Tatkala sungai sedikit keruh , saya suka menggunakan gewang warna sedikit kehijauan dan sedikit berkilauan terang . Untuk pengetahuan semua , pastikan kedalaman sungai tidaklah melebihi 4 ke 5m sewaktu penggunaan gewang selaman dalam dengan selaman 2 ke 3m .
Tips ini penting bagi menaikkan peratusan strike jika menyasarkan MJ ini . Melainkan terjumpa gerombolan MJ yang tengah frenzy , baling apa-apa jenis gewang dengan pelbagai warna pasti disambar rakus !
GEWANG VIBES
Apakah jenis gewang yang akan saya gunakan tatkala menyasarkan struktur-struktur di dasar lubuk-lubuk yang dalam yang sukar untuk diterokai dengan penggunaan gewang selaman dalam ?
Dengan pelbagai jenis gewang vibes dan soft plastic yang ada di pasaran kini , membuatkan anda mempunyai pelbagai pilihan untuk menduga lubuk-lubuk yang dalam . Gewang jenis vibe soft plastic akan menjadi pilihan saya .
Penggunaannya yang senang , turunkan gewang ini sehingga ke dasar sungai , henjut dan gulung 2-3 kali dan turunkan lagi . Teknik ini dilakukan berulang kali bagi mencari spesies ikan di dasar .
Teknik ini banyak membantu saya untuk menggoda pelbagai spesies ikan dasar yang suka bersembunyi di lubuk berbatu karang
@ pancing | Jun 2021 | 11