@Pancing January 2021 | Page 8

Hasil casting seharian , boleh tahan !
pancing yang biasa anda guna , sama ada T-shirt , quick-dry atau sebagainya . Saya lebih suka pakai T-shirt biasa dan seluar yang boleh stretch sahaja . Pada saya tiada pakaian khusus . Mix and match ikut apa yang anda suka dan pakailah kasut yang sesuai . Tepuk dada , tanya selera .
Basikal seperti ini hanya santai-santai , tidak direka untuk kelajuan . Kayuh pelanpelan , janji sampai . Nikmatilah pemandangan yang menarik dan tinjau lokasi pancingan yang berpotensi dalam setiap kayuhan .
PERANCANGAN & APLIKASI
Jika anda ada perancangan untuk pergi trip memancing sambil berbasikal yang lebih jauh . Rancanglah perjalanan anda sebaik-baiknya . Jaga keselamatan dan patuhi setiap undangundang jalan raya . Bawalah peralatan seperti tiub spare , pam angin dan tools yang berkaitan . Paling penting , jaga etika anda sebagai cyclist . Ingat tu !
Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk berbasikal adalah Strava dan Komoot .
( Kiri ) Spot untuk soft frog , kebanyakan Haruan lebih galak hentam gewang selepas hujan
Trip terdahulu di Klang Gate , dapat lepak menikmati keindahan alam macam ni pun dah kira bonus kalau tak dapat ikan !
Strava dapat merekodkan segala maklumat jarak dan masa perjalanan . Lebih mudah untuk ulangkaji jika ingin perbaiki perjalanan yang lalu .
Manakala , Komoot pula adalah aplikasi perancangan laluan yang membantu mengumpulkan maklumat jalan . Ini termasuk untuk semua jenis kategori sukan seperti , road cycling , bike touring , gravel riding , hiking dan banyak lagi .
Selain itu , bolehlah bertanya kepada rakanrakan cyclist lain yang lebih berpengalaman dengan jalan yang sudah biasa mereka lalui bagi memudahkan perjalanan .
KELEBIHAN MEMANCING BERBASIKAL
Saya percaya , masing-masing ada pengalaman sendiri tidak kira di waktu kecil , zaman remaja mahupun sekarang . Kegembiraan berbasikal ini lain orang , lain ceritanya .
Untuk memancing dan berbasikal ini , seronok pancing dapat , seronok kayuh basikal pun dapat . Dua dalam satu . Kalau dah rezeki ,
cast sambil duduk atas basikal pun boleh dapat ikan .
Selain menjadikan tubuh badan lebih sihat , dengan aktiviti seperti ini juga kita dapat mengurangkan stress . Perjalanan dan pengembaraan itu sendiri adalah terapi minda yang mendekatkan kita dengan keindahan alam semulajadi dan pencipta Nya .
Secara tidak langsung , dengan berbasikal juga dapat menyokong inisiatif Go Green iaitu memelihara alam sekitar dan mengurangkan penggunaan karbon di jalan raya .
JOM BIKE FISHING !
Berbasikal dan memancing di tempat yang lebih jauh dan menarik adalah salah satu daripada bucket list saya . Kerana setiap perjalanan dan pengembaraan itu sudah tentu memberikan pengalaman yang berbeza .
Semoga aktiviti seperti ini dapat dijadikan gaya hidup serta menarik minat kaki pancing yang meminati sukan berbasikal dan begitu juga sebaliknya . Fish hard and pedal safe ! — @ Pancing
08 | Januari 2021 | @ pancing