@Pancing January 2021 | Page 7

Saya hanya memakai pakaian biasa dan santai . Pelan-pelan kayuh !
Basket dan bag yang kami gunakan untuk letak barang dan handphone . Jenis waterproof lebih bagus .
Bahan frame basikal yang kami gunakan diperbuat daripada besi ( chromoly ). Sudah tentu ianya lebih berat jika dibandingkan dengan basikal lain yang diperbuat daripada carbon ataupun aluminium .
Walaupun besi , ada kelebihannya . Sekiranya anda travel ke tempat jauh dan jika frame basikal mengalami kerosakan atau patah , anda boleh pergi ke kedai welding berhampiran untuk baik pulih dan meneruskan perjalanan . Masuk akal bukan ?
Selain itu , penggunaan tayar yang sedikit lebar dan tebal adalah lebih baik . Ini bagi mengelakkan tayar mudah bocor jika melalui permukaan jalan yang berbatu dan tajam . Tayar yang mempunyai struktur bunga yang kasar juga adalah digalakkan . Ini bertujuan untuk memberi lebih cengkaman jika melalui jalan berlumpur , menuruni atau menaiki tempat yang licin mahupun melalui jalan kelikir ( gravel ).
Untuk pacuan ( drive train ) pula , jumlah gear haruslah sesuai untuk setiap jenis jalan , sama ada jalan rata atau berbukit . Jika basikal anda penuh dengan barang camping seperti khemah , makanan dan sebagainya , gear rendah yang mencukupi perlu diambil kira .
Kebiasaannya berat keseluruhan penunggang , basikal dan barang-barang yang dibawa boleh mencecah lebih dari 100kg . Beratkan ? Lagi-lagi bila naik bukit ! Apapun ianya bergantung kepada laluan atau destinasi yang anda pilih dan berapa banyak barang yang ingin dibawa .
Jangan risau , kalau tak larat nak naik bukit dengan barang yang berat , turun basikal dan tolak je !
APA YANG KAMI BAWA
Disebabkan trip kami hanya pergi pagi dan balik petang , kami tidak membawa banyak barang . Antara barang yang kami bawa sudah tentulah set peralatan memancing yang minimal . Untuk joran , kami gunakan jenis travel
( multi pieces dengan hard casing ), kerana lebih mudah untuk diikat pada basikal . Penggunaan joran 1pc sememangnya tidak digalakkan .
Selain itu , kami juga membawa kerusi lipat , air yang secukupnya , cawan , dapur dan aksesori memasak yang kompak . Kalau dah biasa dengan aktiviti outdoor , mesti tahu barang apa yang nak dibawa .
Kesemua barang ini kami masukkan ke dalam beg yang diletakkan pada bakul di bahagian hadapan . Jika anda penggemar kopi , bawalah set peralatan memasak kopi sekali .
Haruan curut rakus hentam mini spinner bait .
( Kiri ) Sambil-sambil pilih gewang , kita minum kopi dulu !
Menu wajib kaki outdoor . Antara menu yang paling sedap dimakan dalam hutan . Lagi-lagi time hujan !
Minum kopi di kawasan hutan / nature memang asyik . Tak percaya ? Cubalah ! Mana nak cari barang-barang ni ? Online shopping je !
PEMAKAIAN
Saya petik sedikit kata-kata penggiat bike fishing Amerika Syarikat iaitu , Russ Roca dari The Path Less Pedaled , “ Ride what / how you like , aero is not everything and have fun ”. Mesej yang ringkas dan mudah difahami .
Jadinya , dari segi pemakaian baju dan seluar pula , anda boleh pakai pakaian
@ pancing | Januari 2021 | 07