@Pancing January 2021 | Page 6

“ Saya petik sedikit kata-kata pengiat bike fishing Amerika Syarikat iaitu , Russ Roca dari The Path Less Pedaled , " Ride what / how you like , aero is not everything and have fun ". Mesej yang ringkas dan mudah difahami .”
“ Antara barang yang kami bawa sudah tentulah set peralatan memancing yang minimal . Untuk joran , kami gunakan jenis travel ( multi pieces dengan hard casing ), kerana lebih mudah untuk diikat pada basikal . Penggunaan joran 1pc sememangnya tidak digalakkan .”

Basikal Tom . Rack hadapan yang cukup untuk letak pelbagai alatan dan barangan .

Saya dan Tom telah dipelawa oleh Ayoi untuk mencuba memancing

Haruan di tempatnya di Bagan Datuk , Perak . Bak kata orang , Haruan di sini memang sentiasa ada dan tidak pernah pupus !
Kalau diikutkan , ini adalah trip memancing berbasikal kami yang kedua . Trip yang pertama ialah di Empangan Klang Gate pada dua bulan yang lalu . Tapi apakan daya , kami kumpau . Jadi cerita penuhnya tidak cukup untuk saya kongsikan .
Disebabkan trip ini hanya memakan masa satu hari sahaja , kami memulakan kayuhan dari rumah Ayoi ke spot memancing Haruan yang terletak kira-kira 18.5km dari rumah beliau . Ini menjadikan jarak keseluruhan pergi dan balik sejauh 37km + - sahaja ( Strava ).
PILIH BASIKAL YANG SESUAI
Saya bukanlah pakar untuk menentukan kesesuaian jenis basikal . Menurut pandangan saya , basikal apa pun boleh digunakan kalau nak bawa pergi pancing . Janji boleh sampai ke tempat yang hendak dituju . Akan tetapi , “ there is a right tool for the job ”. Mesti ada basikal yang sesuai untuk aktiviti sebegini .
Basikal yang saya dan Tom gunakan ini dikenali sebagai touring bike atau gravel bike . Kami menggunakan basikal jenis ini kerana ianya lebih tahan untuk aktiviti pengembaraan . Lagipun ianya “ lebih cocok dan kena jiwa ”. Ada juga rakan- rakan saya yang mengubahsuai basikal MTB lama ( 26er ) untuk melakukan ‘ tugas ’ yang sama .
Dengan adanya tambahan aksesori seperti bakul atau rack di bahagian hadapan atau belakang basikal , ianya lebih memudahkan untuk membawa barang-barang keperluan .
SPESIFIKASI BASIKAL
Terdapat perbezaan antara Bike Packing dan Bike Touring . Untuk lebih faham , anda boleh google di Wikipedia untuk semua maklumat yang lengkap . Kalau nak bercerita tentang pecahan jenis basikal ni memang panjang nak tulis .
“ Antara barang yang kami bawa sudah tentulah set peralatan memancing yang minimal . Untuk joran , kami gunakan jenis travel ( multi pieces dengan hard casing ), kerana lebih mudah untuk diikat pada basikal . Penggunaan joran 1pc sememangnya tidak digalakkan .”
Penggunaan tayar yang sesuai lebih memudahkan kayuhan lebih-lebih lagi di kawasan yang berbatu atau berlopak .
Kalau jumpa lubuk macam ni cast terus dari atas basikal je .
Spot pertama kami , kawasan sawit yang mempunyai lopak air besar
06 | Januari 2021 | @ pancing