@Pancing January 2021 | Page 31

Pemancing itu sebenarnya seorang penjelajah . Anda pasti ingin meneroka ke setiap lokasi pancingan biarpun ke hujung dunia sekalipun asalkan berkemampuan dari segi wang ringgit dan masa . Saya juga tidak terkecuali , terutamanya untuk pancingan ikan Kelah !

@ Dunia Kelah

Pancing Kelah Berau Kalimantan

Pemancing itu sebenarnya seorang penjelajah . Anda pasti ingin meneroka ke setiap lokasi pancingan biarpun ke hujung dunia sekalipun asalkan berkemampuan dari segi wang ringgit dan masa . Saya juga tidak terkecuali , terutamanya untuk pancingan ikan Kelah !
Sebarau Berau saiz ini yang berjaya saya naikkan , yang saiz kasar semua ' hancur ' menggenakan saya !

Sebut sahaja satu sungai yang mengandungi Kelah , saya sudah pun terbayang-bayangkan suasananya . Boleh dikatakan hampir kesemua negeri di tanahair ini sudah saya lawati untuk Kelah termasuk beberapa sungai di Indonesia dan Thailand . Untuk Mahseer pula saya sudah sampai ke Sungai Cauvery ( boleh dikatakan rumah kedua saya !) dan Sungai Saryu dan Mahakali di Uttarakhand India .

Namun masih ada lagi senarai sungai yang saya masih belum jejaki seperti hulu Sungai Ayeyarwady di Myanmar dan beberapa sungai di Taiwan untuk Mahseer .
BERAU
Semuanya bermula atas jemputan dari Akashah boss East Borneo Sport Fishing ( EBSF ) untuk memancing Kelah di Berau Kalimantan Indonesia . Kami berempat dari KL – David , Irhami , Fendi dan saya .
Ia adalah trip pancing layang , namun saya tetap bawa set casting dengan beberapa ketul gewang . “ Just in case ”, kerana info dari Akashah , selain dari Kelah dan Sebarau saiz monster , ikan Black Bass juga ada di sungai pergunungan ini !
Saya bawa joran layang wt . 9 . dan beberapa umpan layang berupa streamer dan “ buah ara ” diperbuat dari bulu rusa dan foam yang diikat pada mata kail yang kuat kerana bertarung dengan ikan di sungai pergunungan bermaksud kerja yang serius
PERJALANAN
Menyampaikan ke Berau betul-betuk melelahkan , dari KL kami pergi ke Jakarta , tukar kapal terbang untuk ke Balik Papan , kemudian naik satu flight lagi barulah sampai ke Berau .
Besoknya , kami bergerak dengan 4X4 , dalam 2 jam baru sampai ke tepi sungai . Di sana sudah menunggu sampan kayu panjang yang dikemudi oleh penduduk tempatan , Orang Iban ( sama kaum dengan di Sarawak ).
Kami terus naik ke hulu dan sungai ini saiznya seperti Sungai Tembeling , cuma airnya lebih dalam dan deras lagi . Selepas satu jam barulah kami sampai ke campsite yang selesa diuruskan oleh Pak Wellie . Terus kami mula memancing , namun hujan pula turun petang itu dengan lebatnya . Hujan tidak berhenti hingga air naik dan kami harus membongkar khemah untuk berpindah .
Pagi esok terserlah di hadapan khemah air sungai yang keruh dan deras . Pancing layang terpaksalah dilupakan . Nasib baik Pak Wellie memberikan ansuran , pancingan akan bertambah baik jika kami bergerak ke hulu lagi .
Lantas kami berpindah sekali lagi .
Ia mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke kawasan yang airnya jernih . Apabila ditinjau persekitaran , saya mengakui sungai ini memang banyak ikan . Terdapat satu lubuk besar yang didindingi dengan tembok berbatu yang tinggi , Pak Wellie kata , lubuk Black Bass yang tipikal – hati saya terus menjadi tidak keruan !
Campsite dibina mengadap satu lubuk yang besar , petang yang suntuk hanya membenarkan sesi pancingan yang ringkas sahaja . Saya dan Fendi menggunakan sampan naik ke atas dan pulang tanpa hasil , manakala David di campsite berjaya dapat seekor Tarpon air tawar menggunakan umpan layang split tail .
Guide kami pula mencari lauk makan malam menggunakan jala dan saya dapati pelbagai spesies ikan ada di sini dan ada di antaranya tidak dikenali saya .
Kami menghabiskan masa beberapa hari kemudian naik dan turun bahagian sungai ini . Menggunakan sampan kami akan naik ke hulu dan berhanyut turun sambil casting ke sudut-sudut yang dirasakan berpotensi .
MASALAH
Pelbagai perkara berlaku di sini yang kebanyakannya menyebabkan kami berputih mata bila kena ikan saiz kasar seperti cincin seramik joran saya yang pecah ketika melawan dengan
Aznir Malik aznir107 @ gmail . com
Kelah Berau yang perkasa .
ikan , membuatkan saya terpaksa meminjam set lain . Set itu pula terlalu ringan untuk keadaan pancingan di sungai yang extrem ini menyebabkan saya tidak dapat mengawal kejadian benaman 5 ekor ikan yang terus menuju ke reba !
Paling tidak dapat dilupakan apabila seekor Kelah menyambar spoon saya dan terus membalut dirinya ke sebatang kayu dan pada masa yang sama sampan sudah bergerak melepasi kayu tersebut . Merasakan tali bergeser dengan kayu sebelum putus sememangnya meruntun jiwa saya !
Trip ini merupakan mimpi ngeri untuk saya apabila ikan menguji semaksima mungkin kemahiran dan peralatan yang saya gunakan dan setiap kali ia akan berakhir dengan kekecewaan .
Di satu lubuk , guide sudah melihat seekor Kelah besar di bawah pohon yang rendang . Saya terus memasang gewang berwarna oren , tips di sini ialah melempar gewang hingga ia jatuh ke air dan menghasilkan bunyi “ plop ” seolah buah yang gugur ke air .
Fendi mengorak langkah pertama dengan pancing layang , tidak berjaya . Kemudian barulah giliran saya , jelas kelihatan bayang merah keorenan meluru ke arah gewang , joran lembik itu terus menunduk , drag menjerit dan terus tali menjadi kaku , semua mata tiga menjadi lurus . Saat itu bayangan ‘ bangau ’ menghantui diri , saya tahu habislah trip ini - kosong Kelah untuk saya !
LAIN
Kelah Berau , perangainya sangat berlainan berbanding di Semenanjung . Diet utamanya ikan-ikan kecil dan ketam , lantas cara pemakannannya juga lebih agresif yang memerlukan banyak tenaga ketika mengendap dan menghambur mangsanya . Pak Wellie juga menceritakan bagaimana penduduk kampung menangkap Kelah menggunakan tali ( handline ) yang kasar dengan umpan ketam dan dilabuhkan di air yang deras !
Tidak banyak tangkapan yang boleh dibanggakan dari kami berempat membuatkan Pak Wellie gundah gulana , beliau meminta izin untuk berikan satu jam casting sekadar menunjukkan tangkapan Kelah Berau – kami merasa sedikit tidak yakin …
Namun , sejam kemudian beliau balik dengan seekor Sebarau baya 3kg dan seekor Kelah baya 4kg !
Keseluruhannya trip ini boleh dikatakan satu tamparan yang hebat bagi kami . Dengan keadaan cuaca yang teruk dan keadaan sungai dan ikannya yang berlainan dari apa yang biasa kami hadapi . Ianya satu pengajaran dan sememangnya ia berbaloi ! — @ Pancing
@ pancing | Januari 2021 | 31