@Pancing January 2021 | Page 30

DI NANGA LIPUS KANOWIT SARAWAK
Udang Galah merupakan spesies yang ada peminatnya tersendiri . Ini berikutan memancingnya yang ada seninya yang khusus . Team Jenggo Hunter turun memancing udang Galah sambil sukasuka bertanding sesama kami .

@ Udang Galah

AZLAN CHAMPIAN | champianazlan @ gmail . com
Pengkalan bot .

Trip Jenggo Hunter

DI NANGA LIPUS KANOWIT SARAWAK
Hati gembira dengan hasil udang . Saiz udang di sungai ini boleh tahan .
Team Jenggo Hunter .
Guna banyak set pancing untuk memaksimakan hasil .

Udang Galah merupakan spesies yang ada peminatnya tersendiri . Ini berikutan memancingnya yang ada seninya yang khusus . Team Jenggo Hunter turun memancing udang Galah sambil sukasuka bertanding sesama kami .

Sungai Lipus yang terletak di

Daerah Kanowit , Sarawak terletak kira-kira satu jam lebih ( 60km ) dari bandar Sibu . Trip kali ini disertai juga oleh rakan-rakan dari daerah Betong dan Saratok .
7 perahu kayu dilengkapi enjin sangkut 3.5hp disewa di pengkalan . Cuaca kebetulan cukup cantik dengan keadaan air sungai yang tidak terlalu keruh dan keadaan suhu siang hari yang cukup panas , kondisi terbaik untuk mencari si Sepit Biru di kawasan ini .
Kami gunakan umpan universal untuk udang Galah iaitu cacing dan perumpun dengan mata kail saiz kecil dan batu ladung saiz 4 dan 6 bergantung pada kekuatan arus sungai . Penting sekali set udang seorang perlu pakai lebih dari 2 untuk memaksimakan hasil tangkapan
Masing-masing menuju ke lokasi kegemaran untuk mencari udang dan apabila pulang ke jeti petang tersebut semuanya gembira dengan hasil yang lumayan . Udang terberat dipilih sebagai pemenang dengan keputusannya juara Babas Mali ( 2.95g ), kedua Munsang Lo ( 2.60g ) dan ketiga Malik Jauni ( 2.25g ). — @ Pancing
Pertanyaan : PASHA 012-426 4440
30 | Januari 2021 | @ pancing