@Pancing January 2021 | Page 3

Menarik di isu hadapan !

Bicara Editor ...

ASSALAMMUALAIKUM WRT . Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 ! Semoga tahun ini membawa keberkatan kepada semua sahabat pembaca dan paling penting sekali meminggirkan Pandemic Covid-19 terus dari dunia ini , hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa atas segala-galanya …
Menarik dalam isu ini ialah fokus utama menggunakan basikal sebagai satu kenderaan untuk memancing . Lewat masa kini sedia maklum anda dihidangkan dengan begitu banyak paparan tentang hobi berbasikal di sosial media . Ia telah menjadi satu ‘ trending ’ hingga pelbagai lapisan masyarakat menceburinya baik dari peringkat biasa-biasa hinggalah ke artis dan menteri .
Berbasikal ini sebenarnya adalah kehidupan yang biasa sahaja bagi rakyat Malaysia sejak zaman sebelum merdeka lagi . Datuk nenek moyang kita sudah menggunakannya dan mungkin pada zaman dahulu ia boleh dianggap mewah . Malah budak-budak di luar bandar juga menggunakan basikal sebagai kenderaan harian terutamanya untuk ke sekolah . Cuma zaman sekarang basikal mungkin jarang-jarang digunakan sebagai kenderaan utama , kalau adapun mungkin hanya untuk tujuan beriadah dan bersukan .
Berbasikal ini ada yang sangat menyukainya dan pada masa yang sama ada yang membencinya . Yang sangat menyokongnya pastilah terlibat secara langsung dalam hobi ini , bagi yang tidak menyukainya mungkin juga kerana perspektif bahaya yang terdapat dalam sukan ini terutamanya jika ia dilakukan di lebuhraya dengan kenderaan berat lain yang laju dan jalan-jalan persekutuan yang sempit dengan banyak lubang-lubang dan selekohselekoh yang tajam .
Namun bagi saya , gabungan berbasikal dan memancing ini merupakan sesuatu yang amat berlainan kerana ia kurang sangat melibatkan kehadiran basikal di jalan raya kerana basikal akan dibawa ke lokasi pancingan dengan kereta , seusai sampai barulah ia digunakan . Tujuan utama , dengan basikal tersebut , pemancing dapat akses ke lokasi-lokasi yang sukar melalui jalan sempit berkerikil , berbatu merah atau denai bertanah yang tidak terjangkau oleh kereta .
Memancing dan berbasikal ini tidak mustahil dilakukan kerana dewasa kini peralatan memancing juga semakin kompak seperti beg kembara , joran multi pieces dan pelbagai lagi , dan basikal juga boleh dilengkapi carrier seperti bakul hadapan , belakang dan sisi untuk diletakkan bermacam barangan . Apabila aktiviti ini dikombinasikan pula dengan kegiatan outdoor seperti berkhemah , memasak dan sebagainya , ia bakal menjadi lebih menarik lagi !
Saya sebenarnya sudah lama ingin melakukan aktiviti ini , malah basikal juga sudah pun dibeli 10 tahun dahulu , tetapi kerana tiada rakan sekomplot ia dipendamkan begitu
sahaja . Namun baru-baru ini sahabat saya Afif Zainal dan Faizul Osman telah memulakannya , tahniah ! ( mungkin sahaja ada orang lain yang dah lama buat tapi ia di luar pengetahuan saya , maaf ).
Ini boleh menjadi satu pencetus untuk sahabat-sahabat yang lain menceburinya dan mungkin saya juga akan memulakannya semula , jom KAYUH & PANCING !
Editor , Faiz Karim
“ Namun bagi saya , gabungan berbasikal dan memancing ini merupakan sesuatu yang amat berlainan kerana ia kurang sangat melibatkan kehadiran basikal di jalan raya kerana basikal akan dibawa ke lokasi pancingan dengan kereta , seusai sampai barulah ia digunakan . Tujuan utama , dengan basikal tersebut , pemancing dapat akses ke lokasi-lokasi yang sukar melalui jalan sempit berkerikil , berbatu merah atau denai bertanah yang tidak terjangkau oleh kereta .
Memancing dan berbasikal ini tidak mustahil dilakukan kerana dewasa kini peralatan memancing juga semakin kompak seperti beg kembara , joran multi pieces dan pelbagai lagi , dan basikal juga boleh dilengkapi carrier seperti bakul hadapan , belakang dan sisi untuk diletakkan bermacam barangan . Apabila aktiviti ini dikombinasikan pula dengan kegiatan outdoor seperti berkhemah , memasak dan sebagainya , ia bakal menjadi lebih menarik lagi !”
Menarik di isu hadapan !
Melayang Trout Bosnia Herzegovina

Editorial

EL Law | Group Managing Director cum Founder ellaw @ revonmedia . com Kay Mathy | Penerbit kaymathy @ revonmedia . com Law Beng Chee | CEO / EIC bclaw @ revonmedia . com
| Platform Dunia Pancingan Anda |
Faiz Karim | Editor faizkarim @ revonmedia . com A . Azam | Pengarah Kreatif a . azam @ revonmedia . com Yeoh Kok Tat | Wakil Pengiklanan Bhg . Utara | yeohkoktat @ gmail . com A . Sabri Harun | Wakil Pengiklanan fishworkssolution @ gmail . com
Diterbitkan oleh : Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre Level 17 , Top Glove Tower , No . 16 , Persiaran Setia Dagang , Setia Alam , Seksyen U13 , 40170 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia . Tel : + 6 03 3359 1166 Fax : + 6 03 3358 0303
Udang Galah Batang Kayan
Publishing Permit No : PP19522 / 10 / 2019 ( 035129 )
Dicetak oleh : Percetakan Osacar Sdn . Bhd . No . 16 , Jalan IDA 1A , Industri Desa Aman , Kepong , 52200 Kuala Lumpur , Malaysia . Tel : + 603-6279 9474 / + 603-6263 1856 Fax : + 603-6280 6802
@ pancing | Januari 2021 | 03