@Pancing January 2021 | Page 29

manakala untuk perairan kita sangat sesuai untuk Lampam dan Tilapia .
Akan tetapi , akibat adanya duri pandan , kadangkala ia melambatkan sedikit proses mencabut umpan yang kadangkala boleh mengganggu momentum pemancing ketika sedang ‘ speed fishing ’ semasa perlawanan berlangsung . Walau bagaimanapun , shanknya yang lebih panjang membantu anda memegangnya dengan lebih mudah semasa mencabutnya .
Mata kail alternatif yang saya gunakan selain B512 adalah Tubertini Serie 18 saiz 10-14 . Mata kail buatan Itali ini sudah menjadi lagenda bagi menyasarkan ikan Roach yang juga tertarik dengan kilauannya , gapenya yang lebih luas sedikit dan poinnya yang lebih pendek berbanding B512 , juga memberikan keyakinan semasa kita ‘ swing ’ ikan masuk .
Guru QM1 cukup serasi dengan hybrid feeder , menjadi self hooking rig yang sangat efektif .
Di samping itu , profil barbless memudahkan untuk mengeluarkannya dari mulut ikan .
Akan tetapi , shank atau terasnya sedikit pendek dan jika ikan telah menelan mata kail jenis ini , agak sukar pula untuk mengeluarkannya .
MERAH MENYALA !
Rekabentuk yang kedua yang sejak kebelakangan ini saya sangat gemari adalah juga dari Kamasan iaitu model B512 terutamanya untuk pancingan feeder dengan swimfeeder tradisional .
Saya mula diperkenalkan dengan pattern ini melalui Bob Nudd , juara dunia individu sebanyak 4 kali . Kalau juara dunia pun menggunakannya , agak sukarlah untuk menidakkan keberkesanannya !
Beza pattern ini pula , ianya ada duri pandan dan jenis spade end ( tidak ada cincin ), besinya jenis ringan ( light gauge ) dan berwarna merah pulak tu ! Kami menggunakan yang jenis barb kerana ia biasa digunakan untuk pancingan jarak jauh , maka risiko terlucut ikan dapat dikurangkan . Tetapi perlulah strike dengan kuat juga .
Mata kail ini dapat dipadankan dengan umpan yang ringan , jadi bergantung kepada panjang perambut , ia boleh menyasarkan ikan semasa tenggelam bermula 5 kaki dari dasar . Mata light gauge dan spade end mengurangkan kandungan besi dan keberatan bagi tujuan ini .
Mengapa merah ? Di Eropah antara umpan yang terbaik adalah red maggots ataupun berenga yang telah diwarnakan merah . Jadi ia dapat mimik umpan yang digunakan .
Jenis ini adalah kegemaran saya untuk bertanding di Ireland dan saya gunakan saiz 12 atau 10 dengan 3 ekor berenga dipasangkan . Ikan yang bersaiz bawah 1kg tidak ada masalah untuk dijinakkan dan kebiasaannya diguna untuk ikan Roach , Bream , Hybrid dan Perch ,
Antara bentuk baru untuk pancingan feeder dari Guru .
HITAM ITU MENAWAN !
Seterusnya pula bagi pancingan feeder moden di perairan komersil , pilihan saya adalah jenama Guru model QM1 . Ia jenis eyed ( bercincin ), berwarna hitam matt , medium heavy gauge , barbless dan berbentuk seolaholah circle hook . Memang sesuai dipadankan dengan umpan seperti boilie atau wafter dan digunakan bersama method feeder atau hybrid feeder di dasar .
Warna hitamnya pudar serta tidak menyerlah agar tidak menakutkan ikan , dan sangat sesuai untuk menyasarkan ikan jenis Kap . Bentuknya pula akan terus hook-up ikan tanpa perlu anda membuat sentapan pada joran , hanya pastikan tali sentiasa tegang . Jenis ini biasanya barbless kerana kebanyakan kolam pancing di Eropah tidak membenarkan mata kail berduri pandan bagi menjaga ikan mereka .
Saya pernah mencuba bentuk mata kail seperti Kamasan Animal , namun ada ketika juga proses ‘ self-hooking ’ dengan penggunaan feeder moden tersebut kadangkala kurang berkesan berbanding QM1 ini . Cuma jangan terlalu ghairah ketika hujung joran mula mengetuk dan strike dengan penuh perasaan pula kerana gerenti akan berputih mata kerana ikan akan terlucut !
Rumusannya , setiap pilihan mata kail ada kelebihan dan kekurangan masing-masing , Cuma terpulang kepada diri anda untuk menilainya mengikut kesesuaian teknik dan jenis ikan . Apakah mata kail kegemaran anda pula ?— @ Pancing
Artikel ini adalah pendapat peribadi dari kacamata dan pengalaman penulis . Jom ikuti keterangan lanjut berkenaan Coarse Fishing melalui FB dan IG Malaysian Coarse Fishing Association dan FB Supertackle Malaysia serta langgani video coarse fishing di dalam Bahasa Malaysia di YouTube Supertackle Malaysia . Jumpa lagi di isu hadapan !
Tandakan ( � ) pada pakej langganan yang dipohon
Bercetak
1 tahun ( 12 isu )
RM 132.00 ( Termasuk bayaran pos )
Digital
1 tahun ( 12 isu )
RM 30.00
Pakej
1 tahun ( 12 isu )
RM 162.00 ( Termasuk bayaran pos )
( Bercetak & digital )
Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre Level 17 , Top Glove Tower , No . 16 , Persiaran Setia Dagang , Setia Alam , Seksyen U13 , 40170 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia .
Tel : + 6 03 3359 1166 Fax : + 6 03 3358 0303
BERITA BAIK ! Untuk langganan setahun ( 12 isu ) Majalah @ Pancing ( versi bercetak & pakej bercetak + digital sahaja ) anda akan menerima SATU botol minyak DEUTHLON CAST LUBE 3ml yang berkualiti tinggi berharga RM17.00 dengan percuma ! * Hingga stok kehabisan !
Spesifikasi : Bahan PTFE – | Untuk kelajuan ball bearing | Melindung habuk | Membuang kelembapan . | Menghalang karat | Mengurangkan bunyi Sila imbas kod QR untuk info DEUTHLON di FB ( QR A ) & untuk video ( QR B ).
@ pancing | Januari 2021 | 29