@Pancing January 2021 | Page 26

Memancing Haruan Di Ladang Sawit KLIA
Ladang sawit di sekitar Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ) sememangnya terkenal dengan lubuk Haruannya . Dikatakan ia terbaik diterjah ketika musim hujan .

@ Air Tawar

Rizal Mohamd Ali | rizal1842 @ gmail . com

Meranduk Banjir Monsun

Memancing Haruan Di Ladang Sawit KLIA

Ladang sawit di sekitar Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ) sememangnya terkenal dengan lubuk Haruannya . Dikatakan ia terbaik diterjah ketika musim hujan .

Monsun Timur Laut atau

musim tengkujuh yang biasanya bermula pada November sehingga Mac sepanjang tahun secara relatifnya negara akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi . Negeri Selangor turut menerima episod hujan yang berterusan sepanjang pertengahan bulan November hingga ke hujung tahun dan ini telah mengubah lanskap ladang sawit di sekitar KLIA menjadi lubuk Haruan !
Ladang sawit yang sebelum ini kering telah ditutupi dengan air yang melimpah dari rangkaian parit yang berhampiran . Parit yang selama ini ditutupi oleh tumbuhan akuatik
( Atas ) Landskap ladang sawit yang berubah selepas menerima episod hujan yang berterusan ketika musim monsun . Nampak tenang , namun ada sesuatu yang tersembunyi di dalam air yang berwarna kehitaman ini ! sebenarnya menyembunyikan permata hanyir yang dikenali dengan gelaran “ Si Kepala Ular ”. Ikan Haruan yang selama ini ' bertapa ' telah keluar bersama limpahan air parit yang membanjiri gugusan ladang sawit yang berkeluasan ratusan hektar .
CABARAN
Memancing di ladang sawit yang banjir agak mencabar . Bayangkan anda terpaksa meredah air separas lutut dan adakalanya separas pinggang di dalam ladang sawit yang luas . Anda juga harus tahu kedudukan parit yang telah ditenggelami air , kerana silap langkah akan terjerumus ke dalam parit yang dalam .
Anda juga harus bersedia dengan haiwan liar seperti ular dan biawak . Nyamuk juga sering menjadikan suasana kurang selesa terutama pada waktu lewat petang .
Kenderaan terbaik adalah motosikal , disarankan menggunakan tayar yang berbunga tebal supaya mendapat lebih cengkaman ketika menunggang di jalan yang berlumpur atau licin . Motosikal juga akan memudahkan pergerakan dari satu lokasi ke lokasi yang lain .
Ini kerana ada sesetengah lokasi mempunyai laluan yang kecil dan memerlukan anda meniti di atas jambatan yang kecil . Maka motosikal adalah pengangkutan yang terbaik apabila berdepan dengan situasi seperti ini .
SET IDEAL
Untuk memancing Haruan di ladang sawit yang telah ditengelami air anda memerlukan set-up peralatan pancing yang sesuai . Joran berkekuatan medium heavy , medium atau medium light adalah pilihan yang sesuai . Ini kerana anda harus memancing Haruan di kawasan yang dipenuhi rimbunan rumput dan pokok-pokok renek yang telah ditenggelami air .
Sebaik sahaja meragut umpan , ikan Haruan akan terus meluru ke celahan atau rimbunan pokok yang telah ditenggelami air . Peralatan memancing yang seimbang dengan kekuatan yang sesuai mampu menarik ikan ini keluar dari tempat persembunyiannya .
UMPAN YANG IDEAL
“ Matching the hatch ”, umpan terbaik untuk memancing Haruan ialah diet semulajadi di habitatnya di dalam parit yang ditutupi oleh tumbuhan akuatik . Apabila monsun tiba dengan episod hujan yang berterusan dan menyebabkan air parit melimpah membanjiri ladang sawit . Anda rasa apa yang ikan Haruan
26 | Januari 2021 | @ pancing