@Pancing January 2021 | Page 20

Kamarul dengan Kaloi yang berjaya dipancing .
Umpan dipersembah di separuh air atau rapat ke dasar di celahan tumbuhan akuatik .
Ikan Selat antara yang tergoda dengan umpan udang .
perlulah digunakan untuk memastikan tali utama tidak putus bersama-sama pelampung dan pemberat apabila rentapan dibuat untuk melepaskan tali dari ranting dan samai . Ini dapat mengurangkan kerugian yang dialami . Perambut yang siap diikat lebih awal dapat menjimatkan masa ketika memancing .
AKUARIUM
Kaloi sebenarnya mempunyai peminatnya tersendiri di kalangan pencinta ikan hiasan . Sememangnya ikan Kaloi mempunyai perangai yang ramah pada manusia apabila telah sebati di dalam akuarium mahupun kolam . Tumbesarannya juga agak memberangsangkan , dalam masa yang singkat sahaja ia boleh membesar dengan drastik .
Inilah nikmat yang diperolehi pencinta ikan hiasan , dengan melihat sendiri ikan dibela membesar depan mata . Lenggokan sirip dan ekornya yang melambai penuh lemah gemalai , serta corak dan warna pada badannya mengasyikkan apabila diamati .
Faktor lain yang turut menyumbang kepada minat pembela ikan yang ada pada ikan Kaloi ini ialah ketahanannya di penempatan baru . Malahan pada pengamatan saya , ikan pemangsa seperti Temensis pun tidak setahan Kaloi apabila dibela .
Dari segi pemakanan , ia tidak cerewet . Ianya tergolong dalam kalangan haiwan omnivor . Ada pemiliknya yang memberi makan kangkung , kelopak bunga raya , cengkerik , udang , cacing malah ada yang terlatih untuk memakan makan siap proses walaupun ditangkap liar ( wild captive ).
Hanya perlu menjaga kualiti air , makanan yang cukup dan seimbang serta persekitaran yang kondusif untuk memastikan Kaloi peliharaan anda sihat dan tidak berada di dalam keadaan tertekan .
Jika ada kesempatan , saya juga ingin membela ikan ini dan pastinya akan turun lagi memancingnya . Kerana pencarian masih belum berakhir ... saiz yang kasar masih belum ditemui ! — @ Pancing
Joran pole , pancang khas dan set pelampung yang digunakan mengikut kesesuaian joran dan struktur kawasan .
Hampir sahaja terjunam joran saya ke dalam air ditarik spisies Chicla ini .
Kaloi apabila dibela berkumpulan lebih cantik dan mengujakan .
20 | Januari 2021 | @ pancing