@Pancing January 2021 | Page 19

“ Lokasi pancingan kali ini ialah di tasik atau boleh dikatakan kawasan tadahan air . Terdapat tumbuhan akuatik yang menjalar di permukaan air . Saya diajar untuk mencari celahan-celahan di antara rumpair untuk meletakkan umpan . Memang berkesan , tidak mengambil masa yang lama untuk Kaloi memakan umpan saya sekaligus menarik pelampung tenggelam .”
“ Lokasi pancingan kali ini ialah di tasik atau boleh dikatakan kawasan tadahan air . Terdapat tumbuhan akuatik yang menjalar di permukaan air . Saya diajar untuk mencari celahan-celahan di antara rumpair untuk meletakkan umpan . Memang berkesan , tidak mengambil masa yang lama untuk Kaloi memakan umpan saya sekaligus menarik pelampung tenggelam .”
Jika diamati , warnanya seakan ungu menjadikan ikan ini cantik apabila dibela di dalam akuarium .
Ikan Patung yang kadang-kadang berjaya didaratkan walaupun bukan sasaran utama .
pole ini . Bagi yang ketinggalan , anda boleh dapatkannya di shopee . com . my .
PANCINGAN KALOI
Sepertimana teknik memancing Puyu atau Sepat , memancing Kaloi menggunakan set joran pole tidak jauh bezanya . Asalkan diketahui lokasi tersebut dihuninya , anda boleh mencuba nasib .
Ikan kaloi merupakan subspesies Gourami dengan nama Inggerisnya , Giant Gourami . Terdapat pelbagai jenis Gourami termasuklah
ikan Sepat . Sungguhpun begitu , apabila menyasarkan Kaloi , umpan yang digunakan agak berbeza daripada Sepat . Tidak seperti Kaloi , memancing Sepat saya rasa lagi rumit dari segi umpan , teknik dan pemilihan lokasinya .
UMPAN KALOI
Kami hanya menggunakan umpan anak udang hidup yang kecil untuk menduga Kaloi . Disebabkan udang adalah umpan yang universal , pasti ada sahaja ikan-ikan lain yang meragut
Mizi sedang sibuk melaraskan pancing polenya agar umpan jatuh tepat pada sasaran .
umpan kami seperti ikan Patung , Selat , Temensis dan juga Puyu .
Ada juga yang menggunakan hirisan buah sawit masak terutama di sungai . Saya pernah melihat sendiri pemancing yang berjaya mendapatkan spesimen yang agak besar , spesies Kaloi liar tempatan menggunakan umpan sawit peram dicucuk sperti satay dari hujung mata kail naik ke perambut .
Di perairan berarus , pelampung sememangnya tidak berapa efisyen untuk digunakan , lantas untuk umpan dilabuhkan ke tengah , pemberat ( ladung ) lebih sesuai . Sekaligus , pengunaan pole tidak begitu relevan seperti apa yang diaplikasi di tasik atau taliair yang tidak berarus / air tenang .
Lokasi pancingan kali ini ialah di tasik atau boleh dikatakan kawasan tadahan air . Terdapat tumbuhan akuatik yang menjalar di permukaan air . Saya diajar untuk mencari celahan-celahan di antara rumpair untuk meletakkan umpan . Memang berkesan , tidak mengambil masa yang lama untuk Kaloi memakan umpan saya sekaligus menarik pelampung tenggelam .
Dengan cermat joran disentap agar tidak tersangkut di rumpair . Kadang-kadang tersangkut juga , maka perambut yang lebih halus
@ pancing | Januari 2021 | 19