@Pancing January 2021 | Page 17

JOHNSON MIN-O-SPIN BERKLEY DEX SPINNERBAIT
RYOBI RB 7
RYOBI ARMOR
TEKNIK
Apabila berada di sini sudah tentu teknik pancingan dasar menjadi pilihan utama . Setakat ini kami amat jarang mencuba penggunaan gewang atau jig kerana hasil dari pancingan dasar sudah tidak menang tangan dan cukup memuaskan .
Lagipun kami memancing dasar berhampiran dengan sangkar-sangkar ikan , justeru kewujudan tali-tali sauh sangkar ikan yang bersimpang siur pasti bakal menjadi lokasi melekatnya mata kail gewang dan jig !
Senangin yang saya dapat menggunakan umpan udang hidup .
Tujuan utama kami juga hanya bersantai dan mencari lauk untuk keluarga , bot juga lebih banyak masa bersauh atau diikat di sangkar bukannya berhanyut seperti ketika casting atau jigging .
PERALATAN
Pancingan dasar berdekatan dengan struktur sangkar ikan ini memerlukan peralatan yang ampuh kerana “ kuat lawan kuat ” untuk mengelakkan berputih mata . Walaupun ada yang menyarankan penggunaan set pancing heavy duty , namun kumpulan saya lebih selesa menggunakan set pancing kelas sederhana , cuma perambut sahaja kami guna yang berdiameter kasar untuk mengelakkan lelasan terhadap struktur jika ikan membenam ke arahnya .
Rata-rata kami guna joran berkekuatan 10-20lb dengan kekili spinning saiz 3000 ke atas yang diisi dengan mainline braided 30lb ke atas dan perambut pula setengah depa 80lb fluorocarbon . Untuk ladung saiz 4-6 bergantung kepada kekuatan arus dan mata kail saiz 1 / 0-3 / 0 . Umpan pilihan kami ialah potongan ikan Belanak segar .
Jika umpan udang hidup digunakan , selalunya ia akan dihanyutkan ke bawah sangkar tanpa mengunakan batu ladung . Biasanya ia terbaik untuk menjerat spesies ikan pertengahan air sepertri Kurau , Senangin dan Siakap Putih .
KESIMPULAN
Setelah melakukan banyak kali kunjungan ke sini saya dapati bukan setiap lorong sangkar atau lokasi bot bersauh akan ada ikan . Kadang-kadang kami hanya mampu melihat bot sebelah melayan ikan bertalu-talu sambil kami merenung jauh kekumpauan …
Saya juga dapati kejadian ribut di kawasan
Inilah hasilnya jika gerombolan Senangin lalu di kawasan anda melabuhkan umpan !
ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main . Jika tekong terasa kehadiran ribut , perkara terbaik dilakukan ialah jangan berdegil dan ikut nasihat tekong , jika dia kata balik , maka cepatlah pulang ke pengkalan sebelum malapetaka pula yang datang .
Akhir sekali , kunci kejayaan satu-satu trip kami di sini juga atas bantuan tekong . Paling penting tekong rajin bertukar-tukar lokasi hinggalah jumpa lubuk ikan berkumpul , barulah bermacam jenis ikan dapat dinaikkan satu persatu tanpa henti hingga penuh tong ! — @ Pancing
Pertanyaan sewa bot & homestay : AZEEM SELINSING 011-2409 9351

@ Produk Info Terbaru

JOHNSON MIN-O-SPIN BERKLEY DEX SPINNERBAIT
Jenama Johnson sememangnya sudah lama tersohor di kalangan pemancing negara terutamanya untuk spinnernya . Kali ini Pure Fishing mempersembahkan JOHNSON MIN-O-SPIN yang versatil untuk kegunaan di pelbagai padang pancing baik di laut , muara , sungai , lombong , tasik dan kolam .
Spesifikasi :
• Saiz : ½ ”/ 1cm , 1 ”/ 2.5cm , 1 ¼ ”/ 3cm & ¾ ”/ 2cm .
• Berat : 1 / 24oz , 1 / 8oz , 1 / 16oz & 1 / 4oz .
• Berat : white , chartreuse , fire tiger , hot orange , black silver & black gold .
Pertanyaan : PURE FISHING MALAYSIA 03-7832 3380 / info @ my . purefishing . com
Spinnerbait adalah sejenis gewang yang amat sinonim dengan pancingan spesies ikan bak kepala ular seperti Haruan , Bujuk dan Toman . Justeru Pure Fishing membawa masuk BERKLEY DEX SPINNERBAIT . Spinnerbait ini menggunakan 2 bilah besi ( blade ) untuk aksi kilauan . Menarik mengenai spinnerbait ini , ia menggunakan wayar titanium untuk meningkatkan aksi dan sensitiviti !
Spesifikasi :
• DEX original blade . • Resin tungsten jighead .
• Saiz : W : 110mm x H : 170mm x D : 9mm . • Berat : 3 / 4oz / 21gram .
• Saiz blade ( depan ) 3.5 & • Saiz Mata Kail : # 4 / 0 . ( belakang ) 5.0 . • Warna : Pelbagai .
Pertanyaan : PURE FISHING MALAYSIA 03-7832 3380 / info @ my . purefishing . com
RYOBI RB 7
Kekili menegak berprofil rendah seakan sudah menjadi keperluan bagi kaki-kaki mengilat di tanahair kita . Banyak kekili ditawarkan di pasaran dan antara yang menjadi pilihan utama sekarang adalah yang berkelajuan tinggi kerana pelbagai jenis gewang memerlukan kekili dengan ratio gear sebegitu untuk memainkan aksi yang khusus . Justeru itu Sea Tackle mendatangkan kekili RYOBI RB7 untuk anda . Satu model ditawarkan dengan gear ratio 7.3:1 , berat 170g dan gelendungnya boleh memuatkan kapasiti tali 0.235mm – 200m .
Spesifikasi :
• Waterproof stainless-steel antirust bearing
• Bearing drive with instant anti reverse .
• Double Brake System .
• Magnetic brake & friction braking .
• Quality cold-forged aluminum spool
• Aramid Fiber Drag System .
Pertanyaan : SEA TACKLE 03-7875 9888 / FB : Sea Tackle Sdn Bhd
RYOBI ARMOR
Kekili mendatar mempunyai banyak fungsi dalam pancingan seharian . Mengikut saiznya ia boleh digunakan di perairan air tawar dan masin dengan pelbagai jenis ikan target . Sebagai penambahan model-model yang telahpun berada di pasaran , Sea Tackle mempersembahkan kekili RYOBI ARMOR untuk anda .
Spesifikasi :
• Lengan rotor bentuk V .
• Gelendung saiz besar & dalam bentuk V .
• Binaan dari besi yang diperkuat .
• Pengayuh jenis CNC skru ke dalam .
• Tombol pengayuh besi bulat .
• Lengan pemacu tali tebal .
Saiz
2000
4000
10000
Ratio gear
5.0:1
5.0:1
5.0:1
Drag max .
3kg
6kg
10kg
Berat
275g
320g
605g
Bebola
6
6
6
Pertanyaan : SEA TACKLE 03-7875 9888 / FB : Sea Tackle Sdn Bhd
@ pancing | Januari 2021 | 17