@Pancing January 2021 | Page 15

" Kebanyakan ikanikan di sini adalah dari lebihan ikan-ikan yang terlepas dari sangkar mungkin ia melompat keluar sendiri , namun sebab utama pasti akibat sangkar pecah kesan dihentam ribut bagi kebanyakan kes ."
Senangin spesies yang berlegar di pertengahan air .

Beberapa ketika , kumpulan kami

kerap pergi ke kawasan sangkar ikan ini hampir 2-3 kali dalam sebulan . Biasanya kami akan menyewa 3 bot untuk 10-12 orang . Untuk kepuasan kami juga akan memancing selama 2 hari , bagi layan cukupcukup sampai lelah tarik ikan !
Di sini pelbagai jenis ikan dapat dipancing dengan target utama Jenahak dan ikan Merah . Jika bernasib baik boleh juga dapat Kerapu bagak atau berpesta Senangin jika terjumpa gerombolannya meronda kawasan . Spesies ikan lain yang turut ada seperti Pari , Gerutgerut , Kurau , Siakap Putih , Siakap Merah , Sembilang dan biasanya Duri .
Kebanyakan ikan-ikan di sini adalah dari lebihan ikan-ikan yang terlepas dari sangkar , mungkin ia melompat keluar sendiri , namun sebab utama pasti akibat sangkar pecah kesan dihentam ribut bagi kebanyakan kes .
Walaupun kawasan ini banyak ikan , namun kejayaan satu-satu trip itu masih tertakluk kepada nasib dan paling utama keadaan cuaca . Mengikut pengalaman saya , kondisi terbaik memancing di sini adalah ketika cuaca yang cantik dengan air yang jernih , lenang dan arus yang sederhana perlahan .
Lokasi pancingan ini berupa sangkarsangkar ikan yang diusahakan oleh nelayan di sekitar Kuala Gula . Perairan di sini tidak dalam hanya lingkungan 20-30 meter sahaja . Kawasan dasar adalah berpasir dengan teranas , iaitu sedikit berlumpur dengan kehadiran siput-siput dan karang-karang halus .
" Kebanyakan ikanikan di sini adalah dari lebihan ikan-ikan yang terlepas dari sangkar mungkin ia melompat keluar sendiri , namun sebab utama pasti akibat sangkar pecah kesan dihentam ribut bagi kebanyakan kes ."
Suasana di pengkalan .
@ pancing | Januari 2021 | 15