@Pancing January 2021 | Page 11

Lebuhraya Pan Borneo merupakan sebuah projek lebuhraya pertama di Sarawak yang menghubungkan semua bandar di Sarawak . Namun , terdapat rahsia yang menarik untuk disingkap di sebalik kerancakkan pembinaan lebuhraya ini , iaitu Lubuk Sebarau Pan Borneo !

Lebuhraya Pan Borneo merupakan sebuah projek lebuhraya pertama di Sarawak yang menghubungkan semua bandar di Sarawak . Namun , terdapat rahsia yang menarik untuk disingkap di sebalik kerancakkan pembinaan lebuhraya ini , iaitu Lubuk Sebarau Pan Borneo !

Asri Armat merupakan salah seorang caster tempatan yang gemar memburu Sebarau di Lebuhraya Pan Borneo .
Saiz sebegini selalu dinaikkan di Lubuk Sebarau Pan Borneo .
Saya tidak pulang dengan tangan kosong .

Siapa sangka di sebalik pembinaan lebuhraya ini , terdapat lubuk ikan Sebarau yang amat mudah diakses iaitu di tepi jalan sahaja . Ikuti kisah kami menjelajah lubuk-lubuk Sebarau ini .

LOKASI YANG UNIK
Kewujudan lubuk Sebarau di laluan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini bukanlah sesuatu yang baru . Sungai-sungai kecil di sekitarnya sememangnya sudah lama wujud , cuma keadaan sekitar yang tebal dengan semak samun menyukarkan pemancing
Anak Reagan pulang dengan hasil .
melempar gewang selain bimbangkan faktor keselamatan .
Namun pembinaan lebuhraya ini telah banyak memberi peluang secara tidak sengaja kerana para pekerja pembinaan yang bertindak meluaskan dan membersih kawasan pancingan .
Jadi sekarang kawasan yang dahulunya susah dicapai kini hanya selangkah dari kereta . Akses yang mudah ini menyebabkan ramai caster dari kawasan sekitar gemar berkunjung ke sini kerana berada dekat dengan kawasan bandar iaitu sekitar 10-20 minit perjalanan dengan kereta sahaja .
Awg Zack bergaya dengan hasil tangkapan beliau . Saiz idaman para caster .
Gambar sekitar Lubuk Sebarau Pan Borneo .
@ pancing | Januari 2021 | 11