@Pancing January 2021 | Page 25

Kolam Pancing Fish Valley Semenyih Selangor ini sememangnya sudah lama tersohor dengan ikan-ikannya , jualan buah-buahan tempatan dan restoran . Tarikan terbarunya ialah kolam casting !

Kolam Pancing Fish Valley Semenyih Selangor ini sememangnya sudah lama tersohor dengan ikan-ikannya , jualan buah-buahan tempatan dan restoran . Tarikan terbarunya ialah kolam casting !

Inilah dia buruan utama pengunjung kolam – Temmy !
Suasana di salah satu sudut kolam casting .
Haruan juga ada dan saiznya juga boleh tahan .
Jett anak Tauke Lee bersama Temmy yang cantik warnanya .

Kolam yang saya maksudkan ini dahulu adalah kolam yang khusus untuk pancing layang dan mengandungi bermacam jenis ikan . Setelah sekian lama beroperasi ia ditutup sementara dan kini atas inisiatif anak pemilik Fish Valley Tauke Lee , Jett yang telah membuka kembali kolam tersebut hanya untuk aktiviti casting .

Menarik sekali spesies utama yang menjadi buruan di kolam ini ialah ikan Peacock Bass spesies Cichla Temensis yang umum mengelarnya sebagai “ Temmy ”. Jett telah berusaha mencari dan membeli benih Temensis di merata lokasi dan membiakkannya di satu kolam ternak sebelum dipindahkan ke kolam casting ini . Hanya dalam beberapa bulan , Temmy yang dilepaskan telah membesar ke saiz 50-60cm !
Kolam yang bersaiz lebih kurang separuh padang bola ini mengandungi bermacam jenis ikan selain Temmy seperti PB , Haruan , Tilapia Bunga , Tilapia Merah , Patin Chao Phraya , Lampam , Tongsan Sisik Halus , Tongsan Sisik Hitam , Cichlid Belang , Rohu , Pacu dan pelbagai lagi . Menariknya kesemua spesies ini tadi sudi akan gewang !
INFO
Kolam khusus untuk casting ini hanya dibuka pada jam 7 pagi hingga 7 petang , hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu . Ini bagi mengelakkan ikan menjadi culas akibat tekanan memancing jika ia dibuka setiap hari .
Tiada had larangan terhadap kekuatan set casting yang ingin digunakan , cuma dinasihatkan untuk menggunakan set light tackle sahaja untuk memaksimakan keseronokan bertarung dengan ikan . Setiap ikan wajib dilepaskan kembali kerana ini adalah kolam ‘ Catch & Release ’.
Setiap mata tiga gewang harus ditukar ke mata tunggal yang telah dibuang duri pandan ( barbless ). Ini untuk meminimakan kecederaan kepada ikan .
Caj kolam adalah mengikut jam iaitu : 1 jam RM40.00 , 2 jam RM60.00 dan 3 jam 80.00 .
CUBA
Ketika lawatan saya tempoh hari gewang saiz kecil jenis minnow paling laku untuk semua jenis ikan . Kesemua sudut kolam boleh dicuba tanpa halangan dan boleh kelihatan letupanletupan ikan pemangsa mengejar anak-anak ikan di permukaan air .
Cara terbaik ialah menjuruskan gewang hanya ke lokasi-lokasi letupan-letupan itu sambil mencuba pelbagai jenis profil gewang hinggalah ikan tersebut sudi . Saya juga diberitahu mood ikan-ikan di dalam kolam ini juga berubah-ubah , ada hari ia inginkan gewang yang dikarau laju dan pada hari lain ia lebih gemar gewang yang dimainkan perlahan .
Apa yang pasti , selain dari ikan-ikan pemangsa seperti Temmy , PB dan Haruan , ikan-ikan spesies lain yang biasanya tidak mengendahkan gewang juga berkemungkinan anda boleh goda dengan gewang terhandal anda ! - @ Pancing
PB juga bercampur dengan Temmy di sini .
Cichlid Belang yang selalu mengganggu gewang .
Pertanyaan : JETT 016-910 5656
@ pancing | Januari 2021 | 25