@Pancing February/March 2021 | Page 3

Bicara Editor ...

ASSALAMMUALAIKUM WRT .

Sehinggalah editorial ini ditulis ,

bermakna tahun 2021 ini saya langsung belum lagi menyentuh set pancing . Termasuk tarikh terakhir sejak November tahun lepas , hampir tiga bulan tidak memancing . Ini adalah satu rekod sepanjang karier saya selama 18 tahun bersama tiga majalah memancing !
Apabila PKP 2.0 dilaksanakan , aktiviti memancing juga tidak dibenarkan buat seketika ( namun hairan , ada pula aktiviti rekreasi lain yang dibolehkan ?). Memikir secara positif dan memilih jalan yang selamat dari suasana kes-kes positif Covid-19 yang naik secara mendadak – duduk di rumah adalah lebih baik !
Tidak perlu gundah gulana kerana sebagai seorang pemancing , anda juga sebenarnya banyak lagi ‘ benda-benda ’ lain yang boleh dibuat di rumah . Work From Home sudah semestinya wajib bagi kebanyakan orang dan pada masa yang sama membantu pembelajaran anak-anak yang juga bersekolah di rumah .
Di masa senggang semasa duduk di rumah , ada sahaja yang boleh dilakukan seperti mengemas peralatan memancing , menukar mata kail gewang , menyelenggara kekili , ikat mata kail assist jig dan bermacam-macam lagi . Malahan , mana yang lebih advance , boleh sahaja handmade joran , gewang dan ikat umpan pancing layang .
Bagi mereka yang ‘ fulus ada lebih ’, banyak masa dapat dihabiskan shopping online . Selain dapat membeli peralatan memancing yang anda mahukan dari rumah sahaja , anda juga pasti mendapat ‘ kesedaran ’ bahawa banyak produk pancing yang ' branded ' ada sahaja ' copy ' ( bukan semua ya ) yang seakan serupa dengan harga yang jauh lebih mampu milik , dan boleh sahaja beraksi dengan baik , bukan ?
Satu lagi kebaikan menjadi seorang pemancing , hobi ini ada berkait juga dengan aktiviti lain terutamanya outdoor . Selain dari peralatan memancing , anda pasti juga menyimpan peralatan camping seperti khemah , hammock , pisau , parang , dapur memasak , tali ( paracord ), lampu dan pelbagai lagi . Seperti saya , aktiviti menyelongkar stor semasa PKP ini membuatkan saya sedar banyak barang yang terperok lama , jarang dan tidak sempat digunakan .
Ia membibitkan kembali hobi-hobi lama yang terbengkalai separuh jalan seperti pisau dan parang yang harus dibersihkan dan diasah semula , memperbaiki peralatan perkhemahan , menyelenggara dapur dan lampu camping , belajar semula mengikat paracord dan yang terbaru seni mengukir
Kuksa ( cawan kopi camping masyarakat Sami dari utara Scandinavia ).
Nah , tidak perlu bising-bising bila tidak boleh memancing , banyak lagi kegiatan lain yang boleh dilakukan . Bila keadaan pandemik ini sudah pulih , kita pancinglah puas-puas ya .
Bukankah pemancing itu seorang yang penyabar …
Editor , Faiz Karim
“ Satu lagi kebaikan menjadi seorang pemancing , hobi ini ada berkait juga dengan aktiviti lain terutamanya outdoor . Selain dari peralatan memancing , anda pasti juga menyimpan peralatan camping seperti khemah , hammock , pisau , parang , dapur memasak , tali ( paracord ), lampu dan pelbagai lagi . Seperti saya , aktiviti menyelongkar stor semasa PKP ini membuatkan saya sedar banyak barang yang terperok lama , jarang dan tidak sempat digunakan .
Ia membibitkan kembali hobi-hobi lama yang terbengkalai separuh jalan seperti pisau dan parang yang harus dibersihkan dan diasah semula , memperbaiki peralatan perkhemahan , menyelenggara dapur dan lampu camping , belajar semula mengikat paracord dan terbaru seni mengukir Kuksa ( cawan kopi camping masyarakat Sami dari utara Scandinavia ).”

Editorial

EL Law | Group Managing Director cum Founder ellaw @ revonmedia . com Kay Mathy | Penerbit kaymathy @ revonmedia . com Law Beng Chee | CEO / EIC bclaw @ revonmedia . com
| Platform Dunia Pancingan Anda |
Faiz Karim | Editor faizkarim @ revonmedia . com A . Azam | Pengarah Kreatif a . azam @ revonmedia . com Yeoh Kok Tat | Wakil Pengiklanan Bhg . Utara | yeohkoktat @ gmail . com A . Sabri Harun | Wakil Pengiklanan fishworkssolution @ gmail . com Mohd Hazrul Rabu | Media Specialist mohdhazrulrabu1976 @ gmail . com
Diterbitkan oleh : Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre Level 17 , Top Glove Tower , No . 16 , Persiaran Setia Dagang , Setia Alam , Seksyen U13 , 40170 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia . Tel : + 6 03 3359 1166 Fax : + 6 03 3358 0303
Publishing Permit No : PP19522 / 10 / 2019 ( 035129 )
Dicetak oleh : Percetakan Osacar Sdn . Bhd . No . 16 , Jalan IDA 1A , Industri Desa Aman , Kepong , 52200 Kuala Lumpur , Malaysia . Tel : + 603-6279 9474 / + 603-6263 1856 Fax : + 603-6280 6802
@ pancing | Februari-Mac 2021 | 03