@Pancing December 2020 | Page 9

Tengas ialah spesies ikan yang mudah dipancing di sungai pergunungan , namun ibu bapa harus berwaspada dengan keadaan cuaca untuk mengelakkan fenomena “ kepala air ” yang amat bahaya !
Pancingan dari bot memerlukan anakanak dipakaikan jaket keselamatan pada setiap masa dan sila gandakan tahap keawasan anda !
Konsep “ catch & release ” boleh diterapkan ke jiwa anak-anak sejak dari awal lagi .
First aid kit amat penting ketika memancing , supaya bantuan kecemasan dapat diberikan dengan segera .
lazat yang berlainan dari masakan rumah . Semasa ke lokasi pancingan , berhenti sebentar untuk bersarapan di restoran pasti membuatkan mereka gembira . Semasa memancing juga boleh buatkan suasana seperti berkelah dengan makanan ringan yang tersedia dan apabila balik disambung ke restoran yang baik .
Pengalihan perhatian seperti ini adalah seumpama satu imbuhan , jadi anak-anak sentiasa ingat trip memancing adalah satu pengalaman yang mengembirakan dan pasti mereka menunggu lagi untuk trip-trip seterusnya .
CAMPING
Jika mahukan lebih keseronokan , anda boleh sahaja bawa set memasak seperti BBQ . Ajar anak-anak buat unggun api dan panggang burger atau hotdog dimakan bersama roti . Selalunya hidangan seringkas ini amat menyelerakan jika dinikmati sekeluarga di luar rumah .
Aktiviti membuat unggun api itu juga sebahagian dari ilmu asas ikhtiar hidup ( survival ) yang seronok untuk mereka pelajari , terutamanya jika unggun api tersebut dihidupkan tanpa menggunakan mancis atau lighter , iaitu guna teknik percikan api ( fire starter , flint & ferro rod ) dan abuk kayu atau kanta pembesar . Namun harus juga diajar bagaimana memadam unggun api dengan selamat dan membersihkan kawasan tersebut .
Kalau dah macam ini rupanya , ia adalah tanda supaya anda menamatkan sesi pancingan dan tujulah restoran yang berdekatan !
LOKASI
Pemilihan lokasi memancing amatlah penting
. Kolam berbayar adalah pilihan terbaik kerana suasananya yang selesa untuk kanakkanak seperti kawasan memancing yang berbumbung , pili air , restoran , tandas dan bangku beristirehat .
Utama sekali stok ikan di kolam bayar banyak dan mudah dipancing . Ini adalah elemen yang sangat penting kerana tanpa ikan tangkapan ia tidak akan dapat memberikan pengalaman yang manis kepada anak-anak ini .
Jika anda memilih kawasan semulajadi sekalipun , banyak lokasi boleh dipilih seperti lombong , tasik empangan , sungai pergunungan , muara dan tepi laut . Lokasi sebegini juga menarik kerana secara tidak langsung ia dapat mengajar anak-anak ini bagaimana rasanya suasana alam semulajadi , tetapi anda perlu lebih bersedia untuk mencari tempat yang redup dan selesa seperti di bawah rimbunan pokok besar .
Jika anda memilih sungai pergunungan sebagai lokasi memancing , sila berwaspada dengan fenomena kepala air yang merbahaya . Ini boleh dielakkan jika anda tidak memilih musim hujan sebagai hari trip memancing .
Pancingan dari bot amatlah tidak digalakkan kerana kanak-kanak tidak pandai mengimbang tara antara bahaya atau selamat . Kebiasaannya dalam fikiran mereka adalah keseronokan dan ketika itulah bahaya ( geruh ) boleh muncul .
Pancingan menggunakan bot hanya sesuai bagi anak-anak yang sedikit besar dan berpengalaman , itupun mereka perlu dilengkapi sentiasa dengan jaket keselamatan semasa mereka berada di atas bot . Anda juga sebaiknya
memilih perairan yang tenang seperti lombong dan empangan dan jika ke laut , pastikan cuaca adalah baik dengan keadaan air yang lenang .
PELAJARAN
Selain teknik memancing , anak-anak ini juga perlu diajar berkenaan ilmu-ilmu ikhtiar hidup ( survival ) sebagai bekalan apabila mereka dewasa nanti . Biasakan mereka menggunakan peralatan tajam . Paling penting perlu diajar penggunaan dengan cara yang betul dan selamat untuk memotong menggunakan gunting , pisau , parang , kapak dan sebagainya .
Kemudian ajar bagaimana untuk menyelengara alatan tajam seperti teknik mengasah yang betul dan cara membersih serta menyimpan alatan tajam tersebut .
Ajar mereka mengenali spesies ikan terutamanya ikan-ikan bersengat seperti Baung , Sembilang , Depu , Kitang , Duri dan Pari . Jangan biarkan mereka mengendalikan ikan-ikan spesies berbisa ini sendirian , anda perlu ajar mereka bagaimana caranya untuk membuang duri berbisa ikan-ikan ini . Begitu juga ikan yang merbahaya dimakan kerana beracun seperti Buntal dan sebagainya .
TARGET
Jadikan setiap trip memancing mempunyai matlamat atau target yang spesifik seperti tangkapan ikan terbesar atau berapa ekor ikan perlu dinaikkan pada masa tersebut atau pencarian sesuatu spesies ikan yang tertentu .
Kemudian berikan hadiah jika target tercapai , namun perlu dididik bahawa ianya
@ pancing | Disember 2020 | 09