@Pancing December 2020 | Page 8

“ Hobi memancing boleh dipupuk semenjak anak-anak sudah boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk , terutamanya perkara-perkara yang merbahaya . Kebanyakan pemancing menjerumuskan anak-anak mereka ke dalam hobi hanyir ini pada umur 6 tahun , malah ada juga yang lebih awal dari itu !”
Set pancing perlulah bersesuaian , barulah pertarungan yang berpadanan dapat mereka hadapi .
Pastikan anak-anak memancing di kawasan redup . Berjemur di bawah terik matahari adalah tidak baik untuk mereka .
Tanpa set pancing yang sesuai pasti sukar untuk adik Firraz untuk menaikkan Patin saiz gadang ini .
“ Hobi memancing boleh dipupuk semenjak anak-anak sudah boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk , terutamanya perkara-perkara yang merbahaya . Kebanyakan pemancing menjerumuskan anak-anak mereka ke dalam hobi hanyir ini pada umur 6 tahun , malah ada juga yang lebih awal dari itu !”
elak musim hujan berserta ribut petir .
CUACA
Bagi kanak-kanak , cuaca yang panas adalah sesuatu yang tidak selesa . Perkara yang paling ditakuti adalah masalah dehidrasi dan strok haba . Masa terbaik untuk memancing adalah awal pagi , selain dapat mendisiplinkan mereka untuk bangun awal , suasana yang redup dan sejuk bakal membuatkan mereka selesa . Masa yang lain yang baik adalah pada lewat petang dan diakhiri sebelum masuknya waktu Maghrib .
Jika dijangka masa memancing akan menjadi sedikit lewat , sentiasa bersedia dengan pakaian yang menutupi sebahagian besar dari badan sebagai pelindung dari sinar matahari . Pakaian dari bahan yang selesa seperti kain kapas atau jenis cepat kering ( quick dry ), baju lengan panjang , seluar panjang , topi lebar , pelindung muka dan kasut . Tidak dilupakan bekalan air yang mencukupi terutamanya air kosong . Sediakan peti penyejuk ( cooler box ) berserta ais untuk mengekalkan kedinginan air minuman .
Elakkan juga memancing semasa musim hujan atau monsun , keadaan yang lembab , basah dan berlecak pasti tidak menyelesakan .
Kolam bayar udang di dalam bangunan adalah antara tempat sesuai untuk anak-anak belajar memancing .
Suasana petir dan guruh juga menakutkan kanak-kanak dan bakal menjadi satu pengalaman yang trauma dan menghindarkan mereka dari hobi memancing buat selamalamanya . Namun hujan sememangnya tidak dapat dijangka di negara kita , oleh itu sentiasa bersedia dengan baju hujan .
MASA
Kanak-kanak mudah merasa jemu . Masa memancing yang singkat amat perlu , terbaik mengikut kajian adalah antara 1-2 jam dan tidak melebihi 4 jam . Jika sudah terdapat tanda-tanda kebosanan melanda diri mereka , sentiasa bersedia untuk mengalih perhatian ke aktiviti yang sedikit berlainan seperti menangguk ikan-ikan kecil di tepi kolam atau memberi ikan makan . Jika ia tidak membantu , terbaik adalah balik rumah sahaja .
SERANGGA
Persekitaran memancing penuh dengan pelbagai jenis serangga yang menyakitkan hati dan berbisa . Agas , nyamuk , lalat , langau , kerengga , semut api , lebah dan tebuan adalah musuh utama kanak-kanak .
Agas , nyamuk , lalat dan langau boleh membuatkan anak-anak ini merasa sangat
tidak selesa . Manakala serangan kerengga , semut api , lebah dan tebuan adalah sangat menyakitkan . Malah bagi kanak-kanak yang alergi terhadap sengatan serangga , bantuan perubatan diperlukan .
Anda perlu bersedia dengan krim penghalau agas dan nyamuk ( insect repellent ) yang bersesuaian dengan kanak-kanak . Pastikan kawasan memancing bersih dari kekotoran yang boleh mengundang lalat dan langau . Penting sekali periksa dahulu kawasan yang hendak dipancing itu bebas dari sarang kerengga , semut api , lebah dan tebuan .
FIRST AID KIT
Persekitaran tempat memancing sememangnya ada bahaya seperti haiwan bersengat dan berbisa , peralatan tajam dan pelbagai lagi . Jadi risiko kecederaan memang ada . Sebaiknya anda perlu bersedia dengan alat pertolongan cemas ( first aid kit ), setidak-tidaknya yang asas seperti kain pembalut luka , cecair pembasmi kuman dan sebagainya .
MAKAN SEDAP
Bagi kanak-kanak , mereka selalu menganggap apabila keluar dari rumah untuk sesuatu aktiviti pasti disulamkan dengan makanan
08 | Disember 2020 | @ pancing