@Pancing December 2020 | Page 7

Bimbing anak dari A-Z hingga dia dapat mendaratkan ikannya sendiri adalah memori yang amat bermakna sekali !
Cuba dapatkan target memancing spesies ikan yang jarang dapat seperti apa yang adik Jay Rayyan lakukan ini . menegak ( baitcasting ) dan pancing layang ( fly fishing ) amatlah tidak digalakkan kerana penggunaannya yang rumit . Segala-galanya sepatutnya senang dan memudahkan barulah minat anak-anak ini boleh berputik .
ASAS
Back to basic , biarpun anda seorang pemancing yang sangat berpengalaman , tetapi apabila memancing dengan anak-anak , jangan anggap mereka setaraf anda dan tahu serba serbi perihal memancing seolah pemancing pro . Pancingan gewang dan segala macam teknik yang sukar bukanlah untuk mereka pada peringkat ini .
Terbaik adalah pancingan dasar menggunakan batu ladung sebagai pemberat atau pelampung sebagai penggera getuan ikan . Ia pasti mengujakan kanak-kanak ini apabila melihat hujung joran tergetik-getik atau pelampung tenggelam timbul menandakan ada ikan sedang berminat terhadap umpan di hujung tali pancingnya !
Jangan sesekali anggap anak-anak ini boleh buat semuanya sendiri seperti ikat mata kail , hatta menyematkan umpan pada mata kail , semuanya perlu anda sediakan
Ikan Tilapia ialah target yang mudah bagi anak-anak kecil . untuk mereka . Seperti VIP , mereka hanya melemparkan umpan , duduk dan tunggu , apabila tiada ragutan pada umpan , mereka pusing pengayuh kekili dan anda isikan umpan semula . Jadikan ia satu aktiviti yang menghiburkan , bukannya membosankan .
Perlahan-lahan ilmu memancing seperti melempar umpan , ikatan , cara menyembat , berlawan dengan ikan dan mendaratkannya akan diajar hinggalah mereka mahir . Penting sekali proses pembelajaran ini dibuat dalam suasana yang menyeronokkan . Bersabar dengan anak-anak adalah kunci utamanya .
TRIP
Rancang perjalanan memancing anda dengan baik . Hari minggu selepas musim peperiksaan adalah hari yang terbaik terutamanya pada hari Sabtu kerana mereka boleh berehat pada hari Ahad sebelum ke sekolah semula pada hari Isnin .
Cuti sekolah boleh dipilih jika merancang untuk trip memancing ke destinasi yang jauh dan yang memerlukan waktu yang lama , itupun harus duduk di resort atau hotel yang selesa . Anda boleh sahaja lihat dulu ramalan cuaca dalam pelbagai aplikasi di talian , cuba
@ pancing | Disember 2020 | 07