@Pancing December 2020 | Page 35

Saya telah memancing Kelah dan pelbagai spesies Mahseer yang lainnya bertahun-tahun lamanya . Saya juga telah melihat Mahseer saiz besar dan berjaya mendaratkan beberapa rekod sendiri !

@ Dunia Kelah

Rekod Kelah & Mahseer

Saya telah memancing Kelah dan pelbagai spesies Mahseer yang lainnya bertahun-tahun lamanya . Saya juga telah melihat Mahseer saiz besar dan berjaya mendaratkan beberapa rekod sendiri !

Sama seperti pancingan yang lain , saiz ikan memainkan peranan penting . Lagi besar ikan itu , lagilah mencabar untuk mengodanya mengambil umpan , gewang atau fly dan lebih sukar untuk bertarung serta mendaratkannya .

Jujurnya dalam dunia Kelah ini , jika dapat menaikkannya dengan saiz lebih dari 2kg sudah cukup memuaskan dan sentiasa akan menjadi pemangkin untuk anda mencari yang lebih besar lagi !
Jadi mari kita lihat beberapa rekod tangkapan Mahseer yang saya kumpulkan selama ini termasuk yang dipancing dan ada bukti bergambar dan cerita-cerita dari mereka yang melihatnya serta yang dijumpai dalam jaring nelayan .
KELAH ( Tor tambroides ; Tor Tambra )
Rekod rasmi International Game Fish Association ( IGFA ) ialah 12kg yang dipancing oleh Zainudin di bawah Jeram Besu Kuala Lipis Pahang . Kelah tersebut dipancing dengan umpan cengkerik dan tali utama 40lb .
Dan sudah tentu ada yang lebih besar dari itu , Kelah saiz 18kg ke 18.5kg yang ditangkap di Sungai Galas , hanya dari belakang pasar Gua Musang Kelantan dan ia dipancing menggunakan umpan perut ayam . Saya sendiri melihat fotonya dari satu kedai pancing di Raub . Ikan tersebut kelihatan seperti Leekoh monster dengan perut yang buncit dan rasanya ia akibat limpahan makanan dari pasar tersebut !
Dari Terenganu satu lagi cerita , beberapa pemancing sudah nampak seekor Kelah raksasa di Sungai Paka . Mereka merasuah lubuk tersebut selama beberapa hari dengan kelapa sawit . Akhirnya Kelah tersebut berjaya ditebingkan dengan saiz 25kg !
Selama ini , rekod Kelah ( Tor tambroides ) terbesar ialah Empurau . Datangnya dari Sungai Rajang , Sarawak . Ikan dijaring dan beratnya 27kg !
Seekor Putitor Mahseer saiz kasar dari satu jeram di Sungai Mahakali-Saryu .
Saya juga pernah dapat satu informasi dari seorang sahabat berkenaan seekor tangkapan Kelah di Perak . Sekumpulan pemanah ikan trek naik satu sungai hingga ke satu air terjun dengan dasarnya ialah satu lubuk yang dalam . Di sana mereka memanah seekor Kelah saiz 30kg . Hingga hari ini itulah Kelah paling besar saya pernah dengar , malangnya tiada bukti bergambar ...
SAIZ LEBIH BESAR ?
Bolehkah Kelah membesar melebihi saiz 30kg ? jika benar pasti ia lebih dari memenangi loteri . Untuk Kelah membesar melebihi saiz 10kg pastinya ia hidup di dalam lubuk yang sangat dalam di sungai yang tidak tercemar dan sangat jarang dikunjungi manusia ( atau di sungai kawalan ).
Terlintas dalam fikiran saya sungai-sungai besar di Borneo atau Sumatera yang memenuhi kriteria tersebut . Dahulu sungai-sungai yang masuk ke Kenyir dan Temengor ada Kelah saiz kasar , namun kini hilang kerana kurangnya kawalan .
Satu lagi sungai yang berpotensi masih ada lagi Tambroides saiz kasar ialah Salween di Myanmar . Kelah baya-baya 20-30kg masih lagi ditangkap oleh nelayan tempatan . Ikan-ikannya gemuk-gemuk belaka menunjukkan sumber makanan yang banyak di sungai tersebut .
Di Sumatera pula , saya pernah melihat 2 ekor Kelah Merah ( dipanggil ikan " Garing "), anggaran 25kg di satu sungai di Bukit Tinggi . Sungai Musi dan 9 cabangnya dengan setiap satu sebesar Sungai Perak ( daerah Palembang ) juga ada Kelah besar .
Cerita yang terakhir , dari guide Rushdi Lusi di Kiulu Sabah . Sungai di sana ditagal dan terdapat satu lubuk yang pernah diselamnya bersama rakan-rakannya dan di dalamnya ada seekor Kelah baya 20kg . Habitat bereba banat yang didiaminya menyebabkan ia sukar sekali ditangkap .
THAI MAHSEER ( Lissocheilus stracheyi )
Mahseer Thai sebenarnya bukan famili Tor , ia lebih dekat dengan spesies Tengas atau Kejor kita . Di Thailand ikan ini boleh dipancing di sungai-sungai pergunungannya . Saya sentiasa pergi ke Taman Negara Khlong Saeng di Tasik Cheowlarn di Surat Thani . Mahseer Thai ini dipanggil “ Pla Wien ” dan membesar hingga 2-3kg . Menurut guide , saiz terbesar dalam lingkungan 5kg . Ini saya akui kerana pada satu trip , seekor Thai Mahseer ini mengambil hopper fly saya dan memutuskan tippet , ia sepanjang 1 meter !
Untuk pengetahuan di sini juga ada Kelah
Aznir Malik aznir107 @ gmail . com
Ikan Mahseer India mudah sahaja memusnahkan gewang anda !
Merah , namun saya hanya berjaya dapat saiz kecil sahaja , menurut guide , ketika musim kemarau , ikan Kelah akan berpindah ke kawasan dalam di tasik , dan hanya akan naik ke sungai ketika musim monsun . Saiz terbesar menurut mereka ialah 10kg .
INDIAN MAHSEER
Ikan Mahseer India mungkin adalah yang terbesar dalam famili ikan ini . Bacaan saya dari buku-buku lama zaman kolonial , terdapat rekod 100lb dan lebih dari itu . Humpback Mahseer atau Tor musullah ( sekarang dinamakan semula sebagai Tor remadevii ) adalah antara contohnya . Semasa trip saya ke Sungai Cauvery di Karnataka , lebih dari 14 tahun yang lalu , kumpulan saya berjaya menaikkan ikan saiz lebih dari 20kg dan rekod peribadi saya adalah 66 , 70 , 88 and 92lb !
Ikan Mahseer Cauvery terbesar yang dipancing masa kini adalah seekor gergasi 128lb dari Crocodile Rock berdekatan Galibore Camp , oleh seorang pemancing Eropah . Namun tangkapan yang pasti menakjubkan ialah bersaiz 126lb oleh Van Ingen pada tahun 1928 . Bayangkan beliau bertarung dengan raksasa Mahseer tersebut menggunakan standard peralatan memancing yang wujud pada masa itu !
Guide saya juga ada menceritakan tentang seekor Mahseer yang digelar “ ikan Syaitan ”, anggaran saiznya dalam 160lb . Mahseer besar dalam rekod hanya sepanjang 5 kaki , tetapi ikan ini panjangnya 6 kaki . 3 orang pernah berjaya memancingnya , namun ia sentiasa dapat meloloskan diri sama ada membuatkan tali putus atau mata kail lurus !
Di sebelah utara India ada 2 spesies Mahseer lagi yang boleh membesar ke saiz yang agam , iaitu Golden Mahseer ( Tor tor ) dan Putitor Mahseer ( Tor putitora ). Tor tor ialah pemakan di dasar dan ia biasanya dipancing dengan umpan ikan hidup atau dedak diperbuat dari tepung attar ( bahan untuk capati ). Profil ikan ini panjang dengan perut yang besar .
Manakala Tor putitor pula , badannya lebih panjang lagi dengan satu garisan yang besar kehitaman di sepanjang badannya . Pengilat dan pemancing layang biasanya target Putitor Mahseer menggunakan gewang selaman dalam atau streamer saiz 13cm . Ikan ini adalah penentang arus sungai pergunungan yang terunggul kerana ia boleh menghabiskan 250 meter tali dari gelendung dalam pecutan pertamanya sahaja serta memecahkan gewang dengan rahangnya yang kuat . Zaman dulu saiz 100lb pernah ditangkap oleh penjajah British !
Tahun lepas saya telah memancing di Sungai Mahakali dan Saryu di Uttarakhand , berdekatan sempadan Nepal . Saya mendapat info dari guide , rekod pancing layang ialah ikan seberat 55lb menggunakan set pancing layang wt . 8 . Manakala rekod mengilat dengan gewang adalah 85lb !
Ikan Kelah dan Mahseer ialah perenang terkuat di sungai-sungai pergunungan . Bertarungan dengannya merupakan cabaran terungul bagi seorang pemancing . Pecutan yang padu , habitat bereba dengan sungai yang berarus deras merupakan elemen yang boleh memusnahkan impian anda .
Jadi kejayaan mendaratkan ikan ini pasti menjadi satu kenangan terindah dalam hidup anda lebih-lebih lagi jika ia bersaiz rekod . Jika ia berlaku kepada anda ambil lah foto atau video dan lepaskan ia semula untuk ia berpeluang membesar ke saiz yang lebih menakjubkan ! — @ Pancing
@ pancing | Disember 2020 | 35