@Pancing December 2020 | Page 34

Lokasi berbatu sebegini juga antara kubu Siakap Merah .
Gigi taring Siakap Merah menyebabkan ia juga digelar “ Pemusnah Gewang ”!
Soft plastic udang adalah adalah ramuan yang terbaik untuk memujuk MJ tatkala ianya sukar untuk membuka mulut .
Secara peribadi , saya menyarankan joran berkekuatan 10-20lb untuk menjerat Siakap Merah . Selaraskan kekuatan mainline anda dengan had keupayaan joran dan kekili yang digunakan . Kunci utama di sini adalah pada penggunaan perambut yang kasar . Perambut dari 25 ke 40lb adalah pilihan yang terbaik .
PENUTUP
Dalam kerakusan mengejar ikan trofi ini , tidak salah sekiranya anda bersama-sama mempraktikkan konsep Catch & Release untuk kelangsungan spesies ini di masa hadapan . Walaupun ikan Siakap Merah masih dilabel sebagai Least Concern oleh International Union for Conservation of Nature ( IUCN ), kitalah yang memainkan peranan untuk memastikan generasi pemancing di masa yang akan datang turut dapat merasai kehandalan ikan yang dianggap ‘ Gangster Muara ’ ini .
Jangan sampai ‘ Mak Janda ’ turut menerima nasib seperti ikan Kanai / Tembaring yang dahulunya pernah dianggap raja estuari Sabah , namun kini semakin sukar untuk ditemui . Fikir-fikirkanlah … — @ Pancing
Pertanyaan : CIKGU ZAIDY 012-448 0037
Gewang permukaan seperti pencil turut terbukti berkesan untuk menggoda
Siakap Merah keluar dari jerumun rebanya .
Reba seperti pokok mati di tengah sungai juga berproduktif untuk dicuba .
Gunakanlah kelengkapan memancing yang bersesuaian dengan lapangan pancing jika menyasarkan Siakap Merah .
34 | Disember 2020 | @ pancing