@Pancing December 2020 | Page 32

Siri Informasi TeknikaL spesies muara
“ Mak Janda ” adalah nama jolokan yang cukup sinonim dengan ikan Siakap Merah ataupun Mangrove Jack ( Lutjanus argentimaculatus ). Ikan ini sememangnya tidak asing lagi khususnya kepada peminat aktiviti mengilat di kawasan muara . Rembatan awal yang memeranjatkan dan benaman yang padu pasti membuatkan pemancing yang pernah mendaratkannya termimpi-mimpi .

@ Negeri Di Bawah Bayu

ZAIDY OMAR | newbornpoison @ yahoo . com
Kolum Negeri Di Bawah Bayu ini mengkhususkan pancingan di serata negeri
Sabah . Ia merangkumi pelbagai aspek pancingan termasuklah pancingan dasar , mengilat , jigging , popping dan sebagainya untuk perairan air tawar , muara dan air masin . Siri ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pancingan yang terdapat di Sabah ! — Editor

Petua Memikat Mak Janda

Siri Informasi TeknikaL spesies muara

“ Mak Janda ” adalah nama jolokan yang cukup sinonim dengan ikan Siakap Merah ataupun Mangrove Jack ( Lutjanus argentimaculatus ). Ikan ini sememangnya tidak asing lagi khususnya kepada peminat aktiviti mengilat di kawasan muara . Rembatan awal yang memeranjatkan dan benaman yang padu pasti membuatkan pemancing yang pernah mendaratkannya termimpi-mimpi .

Scientific classification
Kingdom : Animalia Phylum : Chordata Class : Actinopterygii Order : Perciformes Family : Lutjanidae Genus : Lutjanus
Species : L . argentimaculatus
HABITAT
Taburan populasi Siakap Merah di negara kita sangat luas . Hampir semua kawasan berpaya bakau / estuari terdapat kewujudan ikan ini , namun kepadatannya adalah berbeza bagi setiap lokasi .
Kawasan bereba atau berstruktur seperti akar pokok bakau , batu , tiang , drop-off , lubang dan pokok tumbang adalah padang permainan utama untuk Siakap Merah . Ia menjadikan kawasan ini sebagai kubu serang hendapnya menyergap anak-anak ikan yang melalui atau bermain berhampiran . Kepada anda yang menyasarkan ikan Siakap Merah , pastikan tidak melepaskan peluang apabila terjumpa struktur sebegini .
DIET
Ikan Siakap Merah ialah ikan pemangsa yang bersifat karnivor . Terdapat 2 gigi taring di bahagian atas rahangnya yang digunakan untuk mengoyakkan isi mangsa . Anak-anak ikan dan udang adalah diet utamanya .
Justeru anda perlu lebih bijak ketika memilih umpan / gewang yang bersesuaian dengan ikan sasaran . Untuk caster , terdapat pelbagai jenis gewang yang boleh digunakan untuk Siakap Merah seperti gewang selaman dalam , gewang permukaan dan juga soft plastic .
GEWANG SELAMAN DALAM
Gewang selaman dalam adalah pilihan yang paling tepat untuk menyasarkan Siakap Merah kerana gewang ini mampu menyelam jauh ke bawah di kawasan berstruktur . Sebaik-baiknya gunakanlah gewang yang bersifat floating untuk mengelakkan kes gewang tersangkut . Gewang bersaiz 5 sehingga 12cm sangat relevan untuk digunakan .
SOFT PLASTIC
Soft plastic adalah umpan getah lembut yang sangat versatil kerana anda boleh menggayakannya dengan pelbagai cara . Ianya boleh dimainkan di bahagian pertengahan air mahupun rapat ke dasar . Pilihan saiz dan berat jighead pula adalah bergantung dengan kedalaman dan kelajuan arus di lokasi yang ingin diuji . Sekiranya tempat tersebut berarus deras atau dalam , pilihlah jighead yang lebih
Deep diver crankbait berwarna terang adalah gewang terbaik untuk Siakap Merah terutamanya di estuari .
berat untuk mengelakkannya hanyut jauh dari zon sambaran ikan .
GEWANG PERMUKAAN
Mungkin sesetengah pemancing menganggap ini adalah pilihan gewang yang agak ganjil dalam misi untuk memburu Siakap Merah . Namun , sekiranya anda menggunakannya pada lokasi yang bersesuaian , pasti gewang permukaan ini dapat membantu anda menggoda Siakap Merah untuk keluar dari sarangnya .
Lokasi yang terbaik untuk menggunakan gewang permukaan adalah di kawasan dropoff , tebing berbatu dan juga reba yang padat dengan struktur pada bahagian bawahnya . Namun pastikan anda menggunakan set-up yang kasar serta laraskan sistem tegangan
kekili anda dengan tinggi untuk mengelakkan gewang permukaan anda dibawa lari masuk ke struktur .
PERSEDIAAN PERALATAN
Secara dasarnya , Siakap Merah lebih mudah dipancing di kawasan yang berstruktur berbanding di kawasan terbuka . Namun risiko untuk mendaratkan ikan menjadi lebih sukar lantaran banyak halangan yang boleh menjadi kubu pertahanan kepadanya sekaligus menyebabkan anda berputih mata .
Oleh itu , anda haruslah menyesuaikan peralatan yang digunakan dengan padang pancing . Set medium atau medium heavy adalah sangat ideal dan tidak kiasu sangat untuk menewaskan ikan yang ganas ini .
Pilihlah joran berskala dari 8 sehingga 25lb .
32 | Disember 2020 | @ pancing