@Pancing December 2020 | Page 31

Pelampung yang ingin digunakan perlu dipilih dengan cermat mengikut lapangan yang akan dipancing .
Produk-produk terbaru daripada Tackle Guru .
Bentuk ini ideal untuk mencari ikan di seluruh kedalaman air .
Bentuk untuk menyasarkan ikan di dasar , warna tip mengikut pencahayaan semasa untuk mendapat kontras terbaik .
Jenis lollipop untuk kegunaan di sungai yang deras .
Pelampung plastik yang lutsinar .
Pelampung yang berat untuk perairan dalam .
Pelampung buatan WazPeaty yang menggunakan sistem styls berbanding grams .
Dua antara pelampung kegemaran saya buatan pembuat pelampung tersohor Mike Wilkinson .
kejadian false indications atau petunjuk yang kurang positif atau yang ‘ olok-olok ’ dapat dikurangkan kerana pelampung akan menjadi lebih stabil dengan adanya pemberat yang lebih . Apabila pelampung tenggelam disebabkan ikan yang menyambar umpan , anda sudah mendapat keyakinan untuk strike .
Jadi adakah pelampung ringan tidak bagus ? Pelampung ringan sangat bagus di perairan yang cetek untuk ikan-ikan yang kecil pada situasi cuaca yang elok dan tenang . Akan tetapi , di perairan yang dalam dan berarus , dan dalam keadaan cuaca yang kurang ideal maka kekurangannya akan terserlah .
Dari segi sensitiviti pula , pada saya tidak terlalu ketara perbezaannya , kerana apabila batu kapit telah terpasang , maka pelampung akan berada pada keadaan ‘ neutral buoyancy ’. Oleh itu sebarang tindakan daripada ikan , walaupun kecil , akan dapat ditunjukkan oleh pelampung .
Selain itu , sekiranya anda merujuk kepada teori Archimedes , daya apungan adalah bersamaan cecair yang dipindahkan . Berapa banyak air yang dipindahkan oleh tip pelampung ? Isipadu tip πr2 dikali dengan panjangnya yang sekitar 2cm , jawapannya - tak banyak !
Melainkan anda menggunakan tong dram sebagai pelampung , maka pada pendapat peribadi saya , dari segi perbezaan berat pelampung , asalkan jumlah batu kapit yang betul digunakan , perbezaan sensitiviti antara pelampung berat dan ringan boleh diabaikan .
BAHAN BINAAN
Terdapat 4 komponen utama pelampung pole yang masing-masing diperbuat dari bahanbahan yang berlainan . Hujung atau tip yang paling atas biasanya diperbuat daripada nylon
atau plastik . Suatu ketika dulu ada juga yang diperbuat daripada dawai besi . Lagi sekali , ia banyak berkisar kepada memaksimakan sensitiviti , tapi perlu juga dipertimbangkan faktor visual , kerana ada sesetengah bahan lebih mudah dilihat dari yang lain bergantung juga pada jenis umpan , keadaan cuaca dan pencahayaan .
Pada saya , badan pelampung adalah komponen yang paling penting kerana inilah perkara pertama yang saya lihat semasa memilih pelampung . Beratnya dan bentuknya harus bersesuaian dengan keadaan dan perairan yang dipancing . Ada bentuk yang direka untuk menyasarkan ikan di dasar seperti bentuk bola ragbi , dan ada pula untuk ikan di sepanjang kolum kedalaman air yang berbentuk kurus .
Kebiasaannya , badan pelampung diperbuat daripada kayu Balsa , dan bentuk yang lebih moden terutama untuk pancingan di tebing diperbuat daripada plastik yang lutsinar agar kehadirannya tidak menakutkan ikan .
Matt Godfrey antara sifu muda pancingan pole .
Mata atau eye yang diperbuat daripada wayar besi hanyalah berfungsi agar tali dapat melaluinya supaya duduknya tali selari dengan badan pelampung . Ini sangat penting kerana cara anda memancing pole adalah sangat direct antara hujung pole dan pelampung . Maka tidak boleh ada tali yang kendur . Selain jenis seperti cincin , ada juga jenis yang interline iaitu tali terus masuk melalui badan pelampung .
Seterusnya adalah batang pelampung atau stem . Bahan yang popular termasuklah nylon , carbon dan besi . Perbezaan adalah pada stabiliti yang dikehendaki . Batang besi sangat stabil , letak sahaja dalam air terus ia akan ‘ set ’ untuk beraksi . Memang mantap untuk sasarkan ikan di dasar dan semasa cuaca yang sedikit mencabar . Akan tetapi , sekiranya anda ‘ mencari ’ ikan di sepanjang kolum air , batang carbon atau nylon menjadi pilihan . Di samping itu , batang yang lebih panjang akan menjadi lebih stabil .
Saya rasa cukuplah dahulu 2 huraian ringkas ini pada berat dan juga bahan binaan pelampung . Jangan pening dulu tuan-tuan ! Sebenarnya banyak lagi yang berkait dengan kedua-dua ini dari segi teknik , taktik dan memadankan kesemuanya mengikut kesesuaian dari segi lapangan dan ikan sasaran . Ianya umpama satu puzzle yang perlu dicantumkan ! — @ Pancing
Artikel ini adalah pendapat peribadi dari kacamata dan pengalaman penulis . Jom ikuti keterangan lanjut berkenaan Coarse Fishing melalui FB dan IG Malaysian Coarse Fishing Association dan FB Supertackle Malaysia serta langgani video coarse fishing di dalam Bahasa Malaysia di YouTube Supertackle Malaysia . Jumpa lagi di isu hadapan !
@ pancing | Disember 2020 | 31