@Pancing December 2020 | Page 30

ASAS DAN REKABENTUK
Saya akan huraikan 2 asas rekabentuk pelampung yang khas digunakan untuk pole fishing ala Eropah . Kita akan bincang mengapa ia berbeza antara satu sama lain dan di mana letaknya kelebihan atau kekurangan masing-masing .
“ Anatomi pole boleh dibahagi kepada 4 iaitu hujung ( tip ), mata ( eye ), badan ( body ) dan batang ( stem ).” berat yang boleh ditampung oleh pelampung pole akan tertera di badannya di dalam ukuran grams . Contohnya 0.4 , 0.6 , 1 , 2gm dan seterusnya . Berat ini sebenarnya mewakilkan berat batu kapit ( split shots ) yang diperlukan supaya apabila batu kapit dipasang , hanya bahagian hujung ( tip ) pelampung sahaja yang berada di atas permukaan air , manakala bahagian lain di bawah permukaan , umpama ia dapat ‘ berdiri ’ dengan tegak .

@ Coarse Fishing

TENGKU IZZUDIN TENGKU ISMAIL | izzudin @ gmail . com
Memang berdesup jika terkena ikan Barbel ini dengan menggunakan pole !

Pelampung Pole

ASAS DAN REKABENTUK

Saya akan huraikan 2 asas rekabentuk pelampung yang khas digunakan untuk pole fishing ala Eropah . Kita akan bincang mengapa ia berbeza antara satu sama lain dan di mana letaknya kelebihan atau kekurangan masing-masing .

Fungsi utama pelampung adalah

sebagai visual bite detection , maka sebarang pertimbangan rekabentuk haruslah mengambil kira fungsi ini terutamanya dari segi sensitiviti , mesra penggunaannya dan yang paling utama ialah ianya perlu membantu anda untuk menangkap lebih banyak ikan !
Perkara pertama yang anda boleh lihat serta-merta adalah perbezaan pada bentuk fizikal pelampung tersebut . Ada yang besar dan bujur , ada yang halus dan kurus , ada pula yang berbentuk seperti syiling , tak kurang pula yang panjang dan yang comel . Anatomi pole boleh dibahagi kepada 4 iaitu hujung ( tip ), mata ( eye ), badan ( body ) dan batang ( stem ).
BERAT
Anda akan mendapati daya apungan atau
“ Anatomi pole boleh dibahagi kepada 4 iaitu hujung ( tip ), mata ( eye ), badan ( body ) dan batang ( stem ).” berat yang boleh ditampung oleh pelampung pole akan tertera di badannya di dalam ukuran grams . Contohnya 0.4 , 0.6 , 1 , 2gm dan seterusnya . Berat ini sebenarnya mewakilkan berat batu kapit ( split shots ) yang diperlukan supaya apabila batu kapit dipasang , hanya bahagian hujung ( tip ) pelampung sahaja yang berada di atas permukaan air , manakala bahagian lain di bawah permukaan , umpama ia dapat ‘ berdiri ’ dengan tegak .
Walau bagaimanapun , ini hanyalah satu petunjuk ringkas dan anda masih perlu ‘ fine-tuning ’ berat ini untuk mendapatkan keseimbangan pelampung yang optimum . Batu kapit yang saya biasa gunakan bersaiz no . 8 , setakat ini saya masih lagi mencari bahan rujukan untuk teori saya bahawa sistem penomboran ini berlandaskan saiz peluru tabur senapang patah kerana saiznya agak sama .
Saiz no . 8 mempunyai berat sekitar 0.06gm dan agak konsisten untuk semua pengilang . Selain dalam bentuk grams , adakalanya pelampung tertera pula dengan nombor seperti 3x10 , 4x14 dan sebagainya . Ianya merujuk kepada sistem yang lama yang menggunakan ‘ styls ’, sejenis batu kapit berbentuk silinder , saya sendiri kurang mahir dengan sistem ini dan masih perlu menggunakan jadual penukaran untuk mencari beratnya dalam grams .
Persoalannya , sekiranya sensitiviti sebuah pelampung menjadi ukuran penting , mengapa anda tidak hanya menggunakan pelampung yang paling ringan , bukankah ia yang paling sensitif ? Jawapannya ‘ ya ’ dan ‘ tidak ’.
Bagi meneliti soalan ini , anda perlu berbalik kepada perenggan berkenaan berat pelampung tersebut yang berdasarkan kepada jumlah batu kapit yang ia boleh tampung . Untuk pelampung yang ringan , sikit dan ringanlah jumlah batu kapitnya dan sebaliknya pula untuk pelampung yang lebih berat . Jawapannya terletak di sini , pemberat yang banyak akan tenggelam dengan lebih cepat dan ianya lebih stabil . Bayangkan anda memancing di tasik yang dalam , dan target spesies anda adalah ikan pemakan dasar . Batu kapit ini akan membantu menenggelamkan umpan dan mata kail anda dengan lebih pantas ke ‘ strike zone ’.
Sekiranya terlalu ringan pula bukan sahaja umpan anda akan mengambil masa yang lama untuk mencecah dasar , malahan mungkin langsung tak cecah pula disebabkan arus ( undertow ). Maka keadaan ini akan menjejaskan kadar tangkapan kerana perbentangan umpan sudah kurang cantik .
Dengan batu kapit yang secukupnya ,
30 | Disember 2020 | @ pancing