@Pancing December 2020 | Page 3

Menarik di isu hadapan !

Bicara Editor ...

ASSALAMMUALAIKUM WRT . “ Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ”, sememangnya peribahasa tersebut amat bertepatan dengan fokus utama isu kali ini , “ Membawa Budak Memancing ”. Saya memberikan tips bagaimana untuk memupuk anak-anak supaya minat memancing . Semuanya berdasarkan pengalaman bersama dua orang anak lelaki saya , yang sulung Muhammad Daniel tingkatan 3 dan yang bongsu Muhammad Ryan darjah 3 .
Mungkin disebabkan perbezaan usia yang jauh ( lebih dari 6 tahun ), perangai keduaduanya agak berbeza . Daniel saya sudah ajar memancing seawal usia 3 tahun semasa saya jadi fasilitator sambilan di UPM untuk Kokurikulum Memancing Berkredit . Dia ni tidak ada masalah , mungkin DNA saya lebih banyak mengalir dalam badannya . Berjemur memancing hingga maknya pula naik risau dan perlu dipujuk untuk berehat . Umur 4 tahun sudah mahir mengendalikan baitcaster dan menggunakan gewang .
Berlainan pula dengan Ryan , budak ini betul-betul macam maknya , kena panas sekejap kulit jadi merah macam udang kena bakar . Awal-awal dulu , langsung tidak minat memancing walaupun kerap dibawa . Alasannya kerana takut panas , tidak suka kotor dan kesian pada ikan yang kena mata kail . Satu lagi masalah mungkin kerana dia sukar nak fokus kepada sesuatu perkara dan sangat hyper . Namun perlahan-lahan dan dengan bermacam-macam cara akhirnya dah umur masuk 7 tahun barulah dia betul-betul ‘ full solo fight ’ dengan ikan dan tahun depannya pula sudah boleh gunakan baitcaster .
Menjadikan anak-anak sebagai seorang pemancing sememangnya perancangan saya sejak berumah tangga kerana saya tahu tiada siapa lagi bakal mewarisi segala peralatan memancing yang telah saya kumpulkan selama berpuluh tahun bekerja di dalam bidang ini . Itu belum masuk lagi peralatan outdoor yang berlambak di dalam stor dan kebanyakannya barang-barang ini berkualiti dan sesetengahnya ada life time warranty , atau setidak-tidaknya ia ada collector ’ s value . Orang cakap , “ sesak-sesak , boleh buat duit !"
Namun , apa yang penting apabila anakanak saya sudah mula minat memancing , daya tumpuan ( focus ) mereka menjadi semakin baik , terutamanya untuk Ryan yang sememangnya ada masalah pembelajaran semenjak dari kindergarten . Tantrum dia semakin berkurangan , lebih banyak bersabar dan boleh berfikir secara rasional dengan mengimbang tara perkara yang baik dan buruk .
Satu lagi yang saya risaukan adalah persaingan antara hobi memancing ini dengan gadjet-gadjet seperti video games dan smartphones yang banyak melekakan anak-anak zaman sekarang . Alhamdulillah , ianya tidak berlaku kepada kedua-dua anak saya . Apabila di padang pancing , mereka langsung tidak mempedulikan hp dan hanya menumpukan kepada pancingan sahaja . Ini membuktikan
bahawa hobi memancing ini boleh menjadi satu penampan kepada ketagihan anak-anak terhadap media sosial dan sebagainya . Mungkin agak sukar pada mulanya , tetapi perlahan-lahan pasti boleh …
Keluaran Disember ini ialah isu ulang tahun pertama Majalah @ Pancing berada di pasaran . Semoga saya dan majalah ini dapat mengharungi 2021 dengan Pandemik Covid-19 yang belum ada lagi kesudahannya .
Selamat Hari Natal kepada semua sahabat pembaca yang beragama Kristian dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 !
Editor , Faiz Karim
“ Menjadikan anak-anak sebagai seorang pemancing sememangnya perancangan saya sejak berumah tangga kerana saya tahu tiada siapa lagi bakal mewarisi segala peralatan memancing yang telah saya kumpulkan selama berpuluh tahun bekerja di dalam bidang ini . Itu belum masuk lagi peralatan outdoor yang berlambak di dalam stor dan kebanyakannya barang-barang ini berkualiti dan sesetengahnya ada life time warranty , atau setidak-tidaknya ia ada collector ’ s value . Orang cakap , “ sesak-sesak , boleh buat duit ”!
Namun , apa yang penting apabila anak-anak saya sudah mula minat memancing , daya tumpuan ( focus ) mereka menjadi semakin baik , terutamanya untuk Ryan yang sememangnya ada masalah pembelajaran semenjak dari kindergarten . Tantrum dia semakin berkurangan , lebih banyak bersabar dan boleh berfikir secara rasional dengan mengimbang tara perkara yang baik dan buruk .”
Menarik di isu hadapan !
Sebarau Pan Borneo

Editorial

EL Law | Group Managing Director cum Founder ellaw @ revonmedia . com Kay Mathy | Penerbit kaymathy @ revonmedia . com Law Beng Chee | CEO / EIC bclaw @ revonmedia . com
| Platform Dunia Pancingan Anda |
Faiz Karim | Editor faizkarim @ revonmedia . com A . azam | Pengarah Kreatif a . azam @ revonmedia . com Yeoh Kok Tat | Wakil Pengiklanan Bhg . Utara | yeohkoktat @ gmail . com A . Sabri Harun | Wakil Pengiklanan fishworkssolution @ gmail . com
Diterbitkan oleh : Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre Level 17 , Top Glove Tower , No . 16 , Persiaran Setia Dagang , Setia Alam , Seksyen U13 , 40170 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia . Tel : + 6 03 3359 1166 Fax : + 6 03 3358 0303
Pancing Dasar Selinsing
Publishing Permit No : PP19522 / 10 / 2019 ( 035129 )
Dicetak oleh : Percetakan Osacar Sdn . Bhd . No . 16 , Jalan IDA 1A , Industri Desa Aman , Kepong , 52200 Kuala Lumpur , Malaysia . Tel : + 603-6279 9474 / + 603-6263 1856 Fax : + 603-6280 6802
@ pancing | Disember 2020 | 03