@Pancing December 2020 | Page 28

2H1M JIGGING & BOTTOM BERSAMA GELORA SPORTFISHING
Trip kali ini kami bersama Gelora Sportfishing Charter . Trip 2 hari 1 malam ini kami akan melakukan aktiviti jigging dan pancing dasar . Santai memancing melepaskan lelah kerja .

@ Air Masin

MUHAMMAD ISKANDAR ALPIAN | timmimta @ gmail . com

Trip Santai Salteez 2020

2H1M JIGGING & BOTTOM BERSAMA GELORA SPORTFISHING

Trip kali ini kami bersama Gelora Sportfishing Charter . Trip 2 hari 1 malam ini kami akan melakukan aktiviti jigging dan pancing dasar . Santai memancing melepaskan lelah kerja .

Trip mengejut ini yang dilancarkan

hanya seminggu sebelum tarikh bertolak iaitu pada pertengahan Oktober lepas . Mungkin disebabkan itu hanya kami berlima sahaja yang turun menduga hasil di sekitar perairan Mersing .
Tujuan trip ini hanyalah sekadar mengisi masa terluang di hujung minggu . Kami tidaklah meletakkan sasaran untuk mendapat spesies ikan idaman atau saiz-saiz tertentu . Lebih kepada menjalin ukhwah yang baru sesama pemancing kerana peserta kali ini ada yang datang dari Johor Bahru dan Selangor .
HARI PERTAMA
Kami bergerak ke lokasi pertama yang mengambil masa lebih kurang 1 jam . Awal sesi hari pertama dipenuhi dengan aktiviti light jigging dan ia dapat juga menarik minat seekor Tenggiri dan beberapa ikan kecil .
Persediaan jig 40-60g serta tali berkekuatan 14-30lb bersama perambut fluorocarbon 20lb sudah memadai . Meskipun laut sedikit kucah , namun arus sesuai untuk jigging
Kerapu dengan mengetuk jig di dasar . dengan kedalaman 40 ke 50m . Namun sentapan dari ikan tidak berapa ketara .
Tekong tidak berputus asa terus membawa kami menjelajah ke unjam-unjam lain dan akhirnya kami dibuahkan hasil menaikkan beberapa ekor Kerapu Bara untuk juadah malam . Sedang leka memancing dari jauh kelihatan awal tebal memekat dan suasana laut yang mula bergelora membuatkan kami membuat keputusan pulang berehat dan bermalam di Pulau Pemanggil .
Kami tinggal di Cozy Chalet Gelora milik Abang Yan sendiri . Nyata santapan mata dengan pemandangan senja yang memukau dari chalet sangat menenangkan jiwa . Kami lari sebentar beriadah jiwa dan tenaga dari kesibukan rutin di tengah bandar . Kami disajikan masakan ikan tangkapan petang tadi , tidak ada yang lebih enak selain dari ikan segar yang masih tidak kena ais lagi !
HARI KEDUA
Abang Yan sebagai pemilik bot bercadang untuk pancing dasar di hari kedua dan kami akan menjelajah karang-karang di perairan Mersing . Oleh kerana ingin menduga lubuklubuk baru kami menuju ke lokasi yang jauh .
Air ketika itu bergelora dan arus sangat kuat , namun itu bukanlah penghalang untuk kami pergi lebih jauh sehingga ke perairan Kuantan dalam jarak perjalanan dari Pulau Pemanggil memakan masa lebih 3 jam .
Rata-rata kami menurunkan joran berkekuatan PE4-6 , panjang 5-6 kaki untuk acara bottom ini . Tali utama 40-60lb berserta perambut 50-100lb dan batu ladung anggaran berat 500g digunakan .
BOTTOM
Beberapa kawasan berpotensi dicuba , namun tidak membuahkan hasil . Kami terus menjelajah beberapa kawasan lagi . Berusaha tanpa henti sehinggalah lebih kurang pukul 6 petang , kami diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka . Hanya pada dua lubuk yang terakhir ini sahaja pelbagai jenis ikan berjaya didaratkan berumpankan Tamban hidup dan hirisan isi ikan .
Satu pengalaman yang menyeronokkan apabila kami berempat menaikkan ikan satu demi satu leka dengan sentap dan ragutan
bertalu-talu . Pelbagai jenis ikan seperti Kerapu , Ibu Kerisi , Merah , Kacang , Jemuduk dan lain-lain lagi sebagai penutup tirai trip . Ada juga beberapa yang culas , rabut dan putus sehinggalah keadaan senyap tiada sentapan . Hampir 40 minit membisu kami pun beredar pulang .
Alhamdulillah , kejayaan trip ini berhasil dengan bantuan tekong berpengalaman dan usahasama peserta yang berpengetahuan luas untuk menundukkan ikan dengan gaya dan cara tersendiri . — @ Pancing
Hasil pancing dasar Ibu Kerisi .
28 | Disember 2020 | @ pancing