@Pancing December 2020 | Page 27

“ Ikan Tapah ini spesies nocturnal dan aktif pada waktu malam . Ia gemar mencari makanannya di kawasan seperti persimpan-gan anak sungai dan di tepi-tepi tebing yang bersemak . Ia akan menunggu dan menyergap mangsanya yang alpa .”

Sebarau Sungai Melinau .
Puas apabila Tapah idaman dalam ribaan saya !
waktu malam dan inilah masa yang sesuai untuk menguji lubuk lubuk-lubuk Tapah di sini .
GEWANG
Ikan Tapah ini spesies nocturnal dan aktif pada waktu malam . Ia gemar mencari makanannya di kawasan seperti persimpangan anak sungai dan di tepi-tepi tebing yang bersemak . Ia akan menunggu dan menyergap mangsanya yang alpa .
Gewang yang terbaik untuk mengilat pada waktu malam ialah yang berprofil glow in the dark . Hanya bertemankan lampu suluh di kepala , sememangnya amat sukar untuk melontarkan gewang . Namun kami tidak berputus asa dan terus mencuba . Akhirnya satu sergapan kasar berlaku , joran saya melendut mencecah air . Ikan dilayan dengan berhati-hati hingga ke tepi bot dan berjaya dinaikkan . Puas apabila dapat mendaratkan spesies ikan idaman !
Sesi mengilat diteruskan , arus yang deras amat mendebarkan , namun kami tetap berusaha walaupun hujan lebat dan angin yang kuat . Tetapi sampai ke sudah tiada lagi sergapan berlaku , sememangnya memburu ikan Tapah dalam kegelapan malam amatlah mencabar dan boleh dikatakan menakutkan !
PENUTUP
Walaupun hanya seekor sahaja Tapah yang berjaya didaratkan , namun saya amat berpuashati mendapatkannya dalam keadaan memancing yang begitu sukar . Apa-apapun saya tetap mencemburui tangkapan rakanrakan lain di trip-trip mereka yang lepas dan itulah sebab tercetusnya trip saya ini . Pasti saya akan datang lagi ke sini kerana ‘ racun ’ Tapah ini begitu kuat sekali ! — @ Pancing
Sampai ke destinasi .
Pertanyaan : PASHA 012 426 4440 / EGUNE TONY 011 3564 1105 .
Gewang yang digunakan untuk mengilat Tapah pada waktu malam terbaik jika ia berprofil ‘ glow in the dark ’.
@ pancing | Disember 2020 | 27