@Pancing December 2020 | Page 24

Boleh sewa bot dari Pak Din untuk memancing di dalam sungai dan Senangin ialah target utama jika main jig .
Bot Pak Din yang boleh disewa .
SET PANCING
Set joran aksi sederhana ringan sudah memadai . Ikan di sini banyak tetapi tidak terlalu besar . Menurut Pak Din tauke kelong , ikan paling besar yang berjaya dinaikkan ialah Siakap Merah sekitar 3kg dan Pari 15kg .
Tali perambut berkekuatan 15-20lb memadai untuk apollo dan pertingkatkan ke 30-40lb jika memancing menggunakan udang hidup dan ikan mati seekor . Untuk kaki casting , gewang permukaan seperti pencil dan popper atau gewang renangan cetek amat sesuai . Shore jigging pula dengan jig saiz 10-20g .
SEWA BOT
Jika bukan musim monsun anda boleh sahaja menyewa bot dengan Pak Din , sama ada untuk keluar ke laut dari Tanjung Gosong membawa ke Batu Serandu hanya sekitar 2-5 km dari pantai sahaja atau main dalam sungai dari muara sehingga ke hulu Sungai Pahang Tua .
Walaupun jarak memancing tidak jauh dari pantai , tetapi di sini banyak kawasan batu karang yang menjadi lubuk Kerapu dan Ketarap . Jika dalam sungai pula ramai pemancing casting dan jigging mencari Senangin , Siakap Putih dan Siakap Merah yang banyak di sini .
Kelong Pak Din menjanjikan aksi pancing santai dan selesa sepanjang masa untuk semua . Jika anda tidak tahu nak ke mana , cubalah memancing di sini . Anda pasti tidak pulang dengan tangan kosong . Pakej memancing juga boleh ditambah dengan pakej makan dari pagi hingga ke petang . Jika anda hendak memancing malam , lampu akan disediakan oleh Pak Din . — @ Pancing
Antara hasil pancingan dari laut . Ikan kecil banyak di bawah kelong .
Pertanyaan : PAK DIN 011 3222 5688
Tandakan ( � ) pada pakej langganan yang dipohon
Bercetak
1 tahun ( 12 isu )
RM 132.00 ( Termasuk bayaran pos )
Digital
1 tahun ( 12 isu )
RM 30.00
Pakej
1 tahun ( 12 isu )
RM 162.00 ( Termasuk bayaran pos )
( Bercetak & digital )
Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre Level 17 , Top Glove Tower , No . 16 , Persiaran Setia Dagang , Setia Alam , Seksyen U13 , 40170 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia .
Tel : + 6 03 3359 1166 Fax : + 6 03 3358 0303
BERITA BAIK ! Untuk langganan setahun ( 12 isu ) Majalah @ Pancing ( versi bercetak & pakej bercetak + digital sahaja ) anda akan menerima SATU botol minyak DEUTHLON CAST LUBE 3ml yang berkualiti tinggi berharga RM17.00 dengan percuma ! * Hingga stok kehabisan !
Spesifikasi : Diperbuat dari bahan PTFE : - Untuk kelajuan ball bearing | Melindung habuk | Membuang kelembapan | Menghalang karat | Mengurangkan bunyi
Sila imbas kod QR untuk info DEUTHLON di FB ( kiri ) & untuk video ( kanan ).
24 | Disember 2020 | @ pancing