@Pancing December 2020 | Page 23

“ Kelong ini menawarkan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan dan selesa . Anda boleh bersantai dari pagi hingga ke petang dengan pelbagai teknik pancingan boleh dilayan .”
“ Kelong ini menawarkan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan dan selesa . Anda boleh bersantai dari pagi hingga ke petang dengan pelbagai teknik pancingan boleh dilayan .”
( Atas ) Siakap Merah ialah tangkapan didambakan dari atas kelong . Ia juga suka membaham gewang . Namun , jika pancing menggunakan umpan , kena ikat joran betulbetul takut saiz kasar yang menyambar , joran boleh terjun ke dalam air !
Jika kena airnya , Kerapu mudah dipancing . Umpan terbaik untuknya ialah hirisan isi ikan , udang dan anak ikan hidup . Jika bernasib baik , ada juga saiz yang kasar menanti di bawah kelong !
Bawal Dabang dipancing menggunakan mata kail saiz kecil . Biasanya ia aktif bermain di bawah kelong ketika air mati semasa arus nak bertukar .
Ikan Bandang juga bermain di sekitar kelong . Ia spesies yang kuat melawan dan suka melompat jika kena mata kail . Umpan udang hidup terbaik untuknya .
@ pancing | Disember 2020 | 23