@Pancing December 2020 | Page 22

SANTAI MANCING MENGELAKKAN GELORA MONSUN
Di kala monsun menjelma di pantai timur , aktiviti memancing di laut agak terbatas dan membahayakan . Kebanyakan pemancing menghentikan sementara aktiviti dan menumpukan pancingan di pantai atau muara di sepanjang jaluran dari Kelantan hingga ke Johor .

@ Air Masin

RUZAIRY ARBI | ruzairyarbi @ gmail . com

Kelong Pak Din

SANTAI MANCING MENGELAKKAN GELORA MONSUN

Di kala monsun menjelma di pantai timur , aktiviti memancing di laut agak terbatas dan membahayakan . Kebanyakan pemancing menghentikan sementara aktiviti dan menumpukan pancingan di pantai atau muara di sepanjang jaluran dari Kelantan hingga ke Johor .

Salah satu kelong yang biasa saya

lawati ialah Kelong Golden Heritage Leisure , di Sungai Pahang Tua , Tanjung Gosong , Pekan , Pahang . Kelong ini menawarkan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan dan selesa . Anda boleh bersantai dari pagi hingga ke petang dengan pelbagai teknik pancingan boleh dilayan .
Di sini anda boleh memancing 24 jam tanpa henti . Kelong ini juga ada memelihara ikan Siakap dan Tilapia Air Masin untuk dijual dan ikan di sekitar kelong juga banyak ikan kerana adanya makanan lebihan dari ikan sangkar . Ruang pancing yang luas dan selesa amat sesuai untuk memancing secara berkumpulan dan keluarga .
UMPAN
Umpan yang biasa digunakan adalah udang hidup , hirisan ikan kembung , udang pasar , sotong dan perumpun . Di sini banyak anakanak ikan yang akan menggetu umpan , jadi cara terbaik gunakan udang atau anak ikan hidup .
Jika menggunakan ikan mati , pastikan guna separuh atau seekor untuk menarik perhatian ikan besar . Jika menggunakan perumpun atau udang mati , perambut apollo adalah lebih sesuai dengan mata kecil untuk menangkap Bawal Dabang , Kunyit atau Kitang .
SPESIES IKAN
Spesies ikan yang ada pelbagai , seperti Gerutgerut , Kerapu , Gelama , Kapas , Bawal Dabang , Senangin , Siakap Merah , Siakap Putih , Duri dan Sembilang . Jika bernasib baik , anda juga boleh mendapat Pari , Gemang , Kurau , Bandang dan spesies Trevally .
Pancingan dasar dan pelampung adalah paling normal di atas kelong . Namun anda juga boleh jigging atau casting kerana dasar di sekitar kelong ini agak cetek dan ikan besar akan masuk dan mencari makan ketika air pasang tinggi atau air besar .
Suasana memancing yang santai ketika di atas kelong .
Hati-hati dengan duri Kitang yang berbisa .
22 | Disember 2020 | @ pancing