@Pancing December 2020 | Page 21

Peralatan saya
dilakukan . Pertarungan bermula dan kali ini saya sedikit cemas kerana ikan tersebut lebih susah dikawal dan pecutan akhirnya berjaya memutuskan perambut fluorocarbon 10lb setelah bersentuhan dengan bawah bot . Perasaan kecewa menghantui diri kerana buang peluang mendaratkan PB kasar tersebut . Mungkinkah berskala 50 ++ cm ?
Sejurus selepas itu Fahmi mendapat sambaran kasar di kawasan yang sama dan tekanan kuat pada jorannya membuktikan ia PB yang kasar - 49cm !
Ingatkan itulah PB terbesar , namun Ameer pula strike . Jarinya cuba menahan gelendong , tetapi PB tersebut terus memberi asakan . Akhirnya disauk dengan cepat diikuti dengan sorakan gembira . PB berskala 51cm itu merupakan rekod peribadi Ameer dan juga meletakkan beliau sebagai pendahulu dengan ikan terbesar pada hari tersebut .
Menjelang lewat petang , awan gelap dan ribut menuju ke arah kami dan trip ditamatkan atas faktor keselamatan .
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya boleh dikatakan trip ini berjaya apabila kami bertiga mendapat sekitar 12 ekor PB berskala 40-50 + cm menggunakan SP worm . Ikan di sini terbukti bersaiz kasar seiring dengan nama “ Monster Lake ”.
Faktor air yang cetek ( rata-rata 2 meter ) dan samai yang padat memberikan ikan kekuatan yang diimpikan oleh pemancing . Oleh itu , jika ingin bertandang pastikan peralatan dibawa sesuai untuk berentap dengan PB saiz trofi .
Toman juga banyak kelihatan tetapi tidak menjadi tumpuan dalam trip ini . Antara ilmu yang saya dapat dalam trip ni adalah sekiranya ikan menyambar atau mematuk SP worm tetapi tidak kemas , ulangi balingan di kawasan sama . Kebiasaannya PB berada dalam kumpulan dan peluang mendapat semula sambaran adalah tinggi jika anda pantas bertindak .
Selain itu , apabila rakan berjaya mendapat seekor PB , rakan yang lain boleh mengulang
SP profil macam ini juga menjadi ketika trip .
Peralatan saya
Joran : Spinning 8-17lb ( 6 ’ 6 ”) Kekili : Abu Garcia Max X 10 Tali : Berkley Fireline Ultra 8 Carrier 10lb Perambut : Berkley Vanish Fluorocarbon 10lb Mata kail : Saiz 1 / 0 , 2 / 0 Pemberat : Tungsten 5.3g
balingan di kawasan sama kerana apabila seekor PB makan , ahli kumpulan lain akan aktif dan potensi double atau triple strike itu ada . Kurangkan masa bergambar , lepaskan ikan dengan cepat dan lakukan lebih banyak balingan sebelum kumpulan PB kembali culas .
Berkenaan saiz SP worm pula , PB akan menyambar bahagian kepalanya dahulu , jadi jangan risau menggunakan yang bersaiz besar hingga 8 inci . Mata kail yang dapat dipasang pada 1 / 3 atau ¼ panjang badan worm sudah mencukupi . Tambahan lagi , SP worm saiz besar dan panjang memberi kelebihan kerana lebih mudah dikesan ikan di dalam samai berbanding yang SP bersaiz kecil .
Akhirnya , jangan putus asa dan terus lakukan balingan . PB kebiasaannya sentiasa bergerak untuk memburu makanannya , melainkan jika ia bersarang , maka penting untuk sentiasa membuat balingan di pelbagai sudut bagi mencari kawasan tumpuan ikan .
Saya berharap pengalaman dan teknik dari trip ini dapat digunakan oleh pembaca ketika menduga lubuk-lubuk Peacock Bass lain di seluruh negara . — @ Pancing
Sewaan Bot : SYED ALI 014-2522 838 / Guide : FAHMI AZMI 018-974 1070
JRS-105-13 ( KOAYU ) / 4.2
DISTRIBUTOR :
HAIYEN SPORTS FISHING SDN . BHD .
NO . 26 , JALAN TANJUNG , TAMAN TANGKAK JAYA 6 , 84900 TANGKAK , JOHOR , MALAYSIA . WWW . EUPROINTERNATIONAL . COM HAIYEN _ MSIA @ YAHOO . COM / + 606 9789588
@ pancing | Disember 2020 | 21