@Pancing December 2020 | Page 20

dengan teliti terdapat beberapa kelompok samai dan ada terselit kawasan lapang di antara kelompok samai tersebut . Dasar di kawasan lapang tersebut pula berpasir dan merupakan kawasan strategik untuk mempersembahkan SP . Paras air agak tinggi pada trip ini dan membuatkan kelompok samai sedikit tenggelam . Penggunaan kaca mata polarized sangat membantu dalam situasi ini .
Kaedah texas rig untuk SP worm 4.5 ". Mata kail bersaiz 1 / 0 adalah mencukupi bagi worm saiz ini
Menggunakan SP worm ternyata menyeronokan !
Tangkap dan lepas untuk masa hadapan .
PANAS
Matahari hampir tegak di atas kepala dan permukaan air tenang . Balingan demi balingan dilakukan ke setiap arah bagi mencari PB yang aktif . Saya mendapat dua sambaran dengan SP worm , namun sia-sia kerana kesilapan pada drag yang terlalu longgar yang menyebabkan ikan pertama lucut , manakala perambut 10lb putus pada ikan kedua akibat menyentap joran terlampau kuat .
Kekecewaan saya dibalas Ameer dengan berjaya menaikkan PB 45cm yang telah menelan SP Worm 4.5 ” yang dipersembahkan dengan cara carolina rig . Tidak sampai 5 minit kemudian , saya mendapat sambaran dengan SP worm sama seperti yang digunakan Ameer !
Tekad tidak mahu mensia-siakannya , joran direndahkan bagi memberi peluang PB tersebut membawa lari SP worm dan setelah 2 saat tali tegang hookset terus dilakukan . Setelah ikan menghampiri bot saya sedikit leka dan ia membenam ke dalam samai . Mujur joran spinning berkekuatan medium heavy dapat memaksa ikan tersebut keluar dan akhirnya ia dihela naik ke bot .
Sementara saya melepaskan ikan tersebut , Ameer memainkan worm di celahan samai dan mendapat sambaran lagi , tetapi tidak lekat . Fahmi pantas menghantar SP ke kawasan sama dan beliau menghenjut joran secara perlahan bagi membuatkan worm di dasar melompat sedikit demi sedikit .
Talinya kelihatan bergerak dan hookset dilakukan . Joran beliau melentur maksima dalam usaha menahan asakan ikan tersebut yang memecut ke dalam samai . Apabila ikan tersebut timbul di permukaan memang jelas ia adalah big bass yang dicari . 50cm dengan SP worm !
SEMAKIN PANAS
Jam menunjukkan 12 tengah hari dan dalam tempoh 30 minit sahaja kami bertiga telah mendapat PB saiz yang diidamkan . Mata hari tegak di atas kepala dan angin mula bertiup . Inilah masanya untuk mencari PB bersaiz lebih kasar .
Saya menggoyangkan worm di dasar diselangi dengan beberapa sentapan supaya ia melompat keluar dari samai . Worm saya disambar rakus namun tali kendur semula . Persembahan diteruskan dengan menggoyangkan worm sebelum ia diragut dengan kasar sekali lagi . Sentapan kuat diberikan dan perlawanan bermula . PB tersebut memecut lantas melompat tinggi .
Sementara itu Fahmi juga mendapat sambaran menggunakan SP 4 " yang dimainkan di dasar . Double hook-up ! Kedua-dua ikan didaratkan dan saya berjaya memecahkan rekod peribadi di Air Kuning dengan PB berskala 47cm !
Ikan Fahmi juga bersaiz lebih 40cm dan jangkaan kami adalah kedua PB tersebut dari kumpulan yang sama . Worm saya berada di dalam tekak PB yang menunjukkan ia benarbenar menginginkannya . Saya bernasib baik perambut Berkley Vanish 10lb berjaya menahan geseran dari mulut kasar PB tersebut .
DETIK PERUBAHAN
Keadaan sunyi seketika mungkin kerana kumpulan PB yang aktif tadi telah culas . Fahmi menyarankan posisi bot ditukar untuk membuat balingan SP ke kawasan yang sama tetapi dari arah berbeza . Menurut beliau , mengubah arah lontaran gewang setelah sekumpulan PB culas boleh membuatkan ia kembali agresif , selain daripada mencuba warna-warna SP yang berbeza .
Ternyata strategi itu berkesan apabila worm saya mula dipatuk setelah beberapa balingan
20 | Disember 2020 | @ pancing