@Pancing December 2020 | Page 18

STRATEGI MENAWAN PEACOCK BASS SAIZ KASAR
Air Kuning dan Peacock Bass ( PB ) bersaiz trofi bukan sesuatu yang asing buat peminat pancingan air tawar di Malaysia . Sememangnya memburu PB saiz kasar bukannya mudah sekarang , namun dengan strategi tertentu ia masih boleh direalisasikan !

@ Lombong

AMIRUL IRFAN AHMAD RAFEE | swimbaitfreakfishing @ gmail . com

Misi Monoculus Air Kuning

STRATEGI MENAWAN PEACOCK BASS SAIZ KASAR

Air Kuning dan Peacock Bass ( PB ) bersaiz trofi bukan sesuatu yang asing buat peminat pancingan air tawar di Malaysia . Sememangnya memburu PB saiz kasar bukannya mudah sekarang , namun dengan strategi tertentu ia masih boleh direalisasikan !

Trip ini hanya menjuruskan penggunaan soft plastic ( SP ).
51cm ! Rekod peribadi Ameer dengan teknik carolina rig SP worm 4.5 " warna motoroil red .

Pada penghujung Ogos yang lalu satu trip ke Air Kuning Perak diatur bersama rakan-rakan dengan misi mendapatkan PB saiz kasar di salah satu lombong popular yang dikenali sebagai “ Monster Lake ”. Fahmi bersama rakan-rakan lain telah berjaya dalam 3 trip sebelum ini dengan hasil 9 ekor PB bersaiz lebih 50cm daripada kesemua trip itu dengan soft plastic worm !

Walaupun saya gemar dengan pancingan soft plastic ( SP ), permainan SP worm merupakan sesuatu yang agak baru bagi saya . Pada tahun 2017 saya pernah mencuba teknik ini bersama Fahmi namun gagal . Hanya SP jenis swimbait yang berjaya pada masa itu . Saya percaya ia kerana faktor cuaca buruk pada waktu tersebut kerana Fahmi telah membuktikan banyak hasil bersaiz trofi dengan pancingan worm pada trip-trip lain . Sebab itu sebagai guide yang berpengalaman , beliau akan menjadi penghulu bagi trip ini .
PERMULAAN PERLAHAN
Kami memulakan sesi pancingan sekitar 8:45 pagi . Enjin tidak dihidupkan , sebaliknya kami hanya mendayung perlahan bagi mencari kawasan berpotensi . Pendapat saya mengenai Monster Lake adalah ia dipenuhi samai banat dan boleh membuatkan pemancing sukar memilih kawasan sesuai untuk dimainkan gewang denga berkesan .
Kami berdiri sambil memerhati kawasan bersamai ketika bot meluncur perlahan . Kelompok samai dengan sedikit ruang terbuka dan dasar yang kelihatan keras / berpasir merupakan sasaran kami . Sejam yang pertama berlalu dengan perlahan dengan hanya dua kali patukan kecil pada SP worm kami dan tiba masa untuk berpindah sambil trolling SP worm yang dipasang stail carolina rig .
Sambil trolling , pemerhatian pada langit menunjukkan tiada kehadiran awan . “ Hari ni memang akan panas ” ujar Fahmi . Menurutnya , cuaca panas sangat sesuai untuk memburu PB bersaiz kasar dan kenyataan tersebut menaikkan semangat kami untuk terus berusaha .
18 | Disember 2020 | @ pancing