@Pancing December 2020 | Page 16

GT ini menyambar soft plastic yang dikarau perlahan di pertengahan air .
Kerapu Bara cukup gemar mengejar gewang berkilat yang dikarau laju .
dalam air . Untuk kasut pula saya lebih gemar menggunakan kasut getah berwarna hitam yang banyak terdapat di kedai-kedai hardware . Harganya amat berpatutan dan cukup berkesan digunakan di atas permukaan batu yang licin .
Penggunaan sarung tangan juga sangat penting ketika melakukan sebarang aktiviti di atas pulau . Ini kerana ada kawasan berbatu yang perlu dipanjat . Sarung tangan dapat melindungi tapak tangan dari terkena batu - batu tajam .
Paling penting sekali ialah buddy system kerana melakukan sebarang aktiviti secara berkumpulan adalah lebih baik dari berseorangan supaya tidak terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini .
Dapatkan jadual air pasang surut di kawasan Penyabong dan kaji sebelum memulakan sesuatu trip supaya tidak terkandas di atas batu ketika air bergerak pasang . Sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling . Pastikan juga kawasan perkhemahan jauh dari tebing dan sedikit tinggi supaya tidak ditenggelami air ketika air pasang besar .
Di atas pulau memang terdapat banyak tikus-tikus yang berkeliaran . Pastikan alatan memasak sentiasa bersih dan makanan disimpan di tempat yang tertutup dan selamat . Beg plastik sampah juga wajib dibawa ketika melakukan aktiviti di atas pulau . Jangan tinggalkan sebarang sampah ketika pulang . Sampah yang ditinggalkan akan menyebabkan kekotoran dan boleh menyebabkan penyakit merbahaya dan mengancam kesihatan pengunjung-pengunjung yang lain . Jadi sentiasalah menjaga kebersihan .
KESIMPULAN
Pada pendapat saya , trip yang berjaya adalah trip yang berakhir dengan keseronokan tanpa berlakunya sebarang perkara-perkara yang tidak baik . Hasil dan rezeki adalah nombor dua . Apa yang penting dapat menikmati keindahan dan pengalaman berharga ketika bersama-sama bekerjasama dengan ahli trip yang lain . — @ Pancing
Siakap Merah bersaiz memuaskan ini menyambar soft plastic yang baru sahaja mencecah permukaan air !
Pertanyaan : SHAH 019-592 6559
16 | Disember 2020 | @ pancing