@Pancing December 2020 | Page 15

Ikan Timun , spesies ikan karang yang memberikan tentangan sengit .
Seekor Cobia yang menyambar popper . Pecutan pertamanya sangat mendebarkan !
Kami lebih gemar menggunakan hammock dan katil mudah alih jika bermalam di pulau .
Gewang berwarna cerah dan berkilat sangat digemari pelbagai spesies ikan di kepulauan Penyabong .
Siakap Putih lebih gemar menyambar soft plastic berwarna terang .
Kerapu Pisang banyak mendiami kawasan cetek . masa terbaik untuk menggoda pelbagai spesies ikan pemangsa seperti Kerapu , Jenahak , Siakap Putih , Siakap Merah dan GT .
Gewang permukaan seperti popper dan pencil sesuai dimainkan untuk menggoda GT . Untuk spesies dasar seperti Kerapu , Siakap dan Jenahak pula saya lebih gemar menggunakan soft plastic .
Shore jigging juga amat berkesan dipraktikkan dari tebing berbatu pulau . Jig seberat 10 hingga 30g sudah memadai . Kebiasaannya GT akan menyambar jig yang dikarau laju . Dari apa yang telah saya pelajari , ikan di kawasan pulau ini lebih gemar menyambar gewang atau jig yang mempunyai warna cerah dan berkilat rupa seperti ikan Tamban atau Bilis .
Pancingan dasar pula lebih baik dijalankan pada waktu malam . Ini kerana pada waktu itu banyak ikan-ikan besar akan menghampiri tebing pulau . Ikan-ikan kecil yang selalu mencuri umpan juga akan berkurangan pada waktu malam . Peluang umpan disambar ikan besar juga akan menjadi lebih tinggi .
Umpan yang sesuai seperti sotong , udang hidup , kurita , belanak , selayang dan perumpun juga boleh didapati di kedai umpan yang terletak berhampiran jeti Penyabong . Kedai ini juga ada menjual kelengkapan dan peralatan memancing . Oleh itu tidak perlu risau sekiranya ada barang yang tertinggal atau tidak mencukupi .
KESELAMATAN
Memancing di kawasan pulau berbatu memang tinggi risikonya . Pastikan kasut dan pakaian yang sesuai sentiasa digunakan . Pakai baju dan seluar dari jenis kain yang nipis untuk memudahkan sebarang pergerakan dan senang untuk berenang jika terjatuh ke
@ pancing | Disember 2020 | 15