@Pancing December 2020 | Page 14

Mengilat terutamanya popping perlu dilakukan secara berkumpulan agar spesies sasaran seperti GT cepat tertarik untuk merapati tebing . Selain itu perlu selalu berteman untuk sentiasa berjagajaga terhadap kecelakaan dan bantuan cepat dapat diberikan .
Di sini Jerung sering sahaja mencuri gewang yang terlekat di mulut ikan lain .
Peralatan memasak perlu disusun rapi dan sentiasa dibersihkan selepas digunakan .
Pelbagai jenis soft plastic dan jighead yang mempunyai berat 10 hingga 21g yang digunakan .
BARANGAN
Tekong bot akan mencari kawasan yang lebih selamat untuk mendarat di pulau tujuan anda , berkemungkinan ianya jauh dari basecamp . Terbaik atur barang dan kelengkapan dengan rapi untuk mengelakkan kepenatan mengangkat barang yang berlebihan jika terjadi hal-hal tersebut . Jadi pastikan hanya bawa barang keperluan yang penting sahaja .
Pulau-pulau di sekitar Penyabong ini juga tiada kemudahan air . Pastikan air bersih yang mencukupi dibawa sendiri dari darat untuk memasak dan sebagainya . Belerang kuning juga perlu dibawa dan ditaburkan di sekeliling tapak perkhemahan . Di kawasan pulau terdapat banyak serangga berbisa seperti lipan . Sentiasa berwaspada dan berhati-hati untuk mengelakkan dari terjadinya perkara yang buruk .
TEKNIK PANCINGAN
Menebing di pulau ada banyak teknik pancingan yang boleh diaplikasikan seperti dasar , pelampung dan mengilat . Set pancing yang digunakan wajib jenis yang cukup lasak dan kuat . Ini kerana kawasan pulau kebiasaannya dikelilingi batuan dan karang yang padat .
Untuk mengelakkan dari berputih mata , set pancingan yang kuat perlu digunakan untuk menahan asakan ikan dari memasuki batu atau karang . Joran berkekuatan 15-30lb ke atas dan kekili mendatar saiz 4000 ke atas amat disarankan . Tali benang berkekuatan 30lb ke atas dan perambut 100 % fluorocarbon juga perlu digunakan untuk menduga kawasan pulau-pulau ini .
Pemilihan gewang juga sangat penting untuk memikat pelbagai spesies ikan di sini . Waktu air sedang bergerak pasang adalah
14 | Disember 2020 | @ pancing