@Pancing December 2020 | Page 10

“ Back to basic , biarpun anda seorang pemancing yang sangat berpengalaman , tetapi apabila memancing dengan anak-anak , jangan anggap mereka setaraf anda dan tahu serba serbi perihal memancing seolah pemancing pro .”
Anak-anak harus diajar supaya berani dan arif mengendalikan haiwan yang boleh mendatangkan kecederaan .
Memancing di persekitaran liar boleh memupuk kasih anak-anak terhadap alam semulajadi .
“ Back to basic , biarpun anda seorang pemancing yang sangat berpengalaman , tetapi apabila memancing dengan anak-anak , jangan anggap mereka setaraf anda dan tahu serba serbi perihal memancing seolah pemancing pro .”
Pasti Haruan adalah spesies ikan yang menjadi antara pendorong anak-anak memancing terutamanya memulakan minat mengilat ( casting ). tidak mengapa jika tidak mencapai target kerana hasil pancingan adalah nasib , tetapi tetap perlu kerajinan dan kemahiran untuk mendapatkannya .
ETIKA
Ajar juga anak-anak etika memancing seperti amalan tangkap dan lepas ( catch and release ) dan tangkapan terpilih ( selected harvest ). Dengan ini mereka lebih menghargai ikanikan tangkapan tanpa merasa tamak haloba ingin membawa pulang semuanya .
Penting juga anak-anak ini diajar sikap sayangkan alam sekitar . Sentiasa membawa balik sampah sarap dari kawasan memancing dan jangan lakukan pembakaran terbuka melainkan di kawasan yang dibenarkan sahaja .
Selain dari itu , terapkan nilai-nilai insaniah seperti tidak menganiaya ikan yang ditangkap dengan mencampakkannya begitu sahaja . Jangan lupa ajar supaya banyak bersabar kerana ia amat penting sebelum menjadi seorang pemancing .
MEDIA SOSIAL
Fotografi dan video sememangnya tidak dapat lari dari aktiviti luar . Abadikan kenangan keseronokan memancing anak-anak dan kemudian pos di sosial media untuk dikongsi dengan rakan-rakan anakanak tadi . Pasti anak-anak anda akan menjadi bualan dan silap-silap menjadi viral dan lebih ramai lagi rakan-rakan mereka ingin menyertai !
COVID-19
Kita sekarang berada di dalam suasana pandemik Covid-19 yang membuatkan ramai yang bertahan di rumah sahaja . Apabila keadaan sudah reda dan masing-masing boleh merentas daerah dan negeri , antara aktiviti paling bermanfaat ialah dengan keluar memancing sekeluarga .
Ini kerana apabila memancing , anda hanya beriadah bersama keluarga anda sahaja dan selalunya memang sudah ada penjarakan sosial antara orang-orang lain selain dari keluarga anda di mana-mana lokasi memancing sekalipun . Pergi memancing jauh lebih baik dan selamat dari berasak-asak di tempat tumpuan ramai seperti di pusat membeli belah !
PANTANG
Kesilapan besar bagi anda yang membawa kanak-kanak memancing adalah apabila anda sendiri menjadi “ lebih sudu dari kuah ”. Anda pula yang lebih memancing dari anak-anak . Apabila orang dewasa yang lebih memancing , perkara yang paling ditakuti adalah anakanak akan terbiar tanpa penjagaan kerana semua sedia maklum , aktiviti memancing ini amat melekakan dan ia sentiasa berkait dengan kawasan berair . Anak-anak tanpa pengawasan bakal mengundang bahaya di tepi air .
Bukankah anda sudah puas memancing dan tujuan utama adalah untuk anak-anak memancing ?
Jadi apa salahnya hanya pada waktu yang istimewa tersebut , anda berkorban minat dan hanya membiarkan sahaja anak-anak yang memancing - itulah yang terbaik !
Semoga lebih ramai generasi baru pemancing dapat dilahirkan … — @ Pancing
10 | Disember 2020 | @ pancing