nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 96
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
PELAJARAN 8
BIMBINGAN HADIS
Hadis bermaksud sesuatu yang diterima daripada Rasulullah SAW sama ada berupa perkataan,
perbuatan atau pengakuan.
Contoh Hadis
Perkataan Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat “
Perbuatan Rasulullah SAW
Hadis yang menerangkan cara solat sebagaimana Rasulullah SAW solat
Pengakuan Rasulullah SAW
Pengakuan Rasulullah SAW. terhadap perbuatan sahabat atau orang lain dihadapan
baginda SAW
•
•
•
•
•
Menguatkan hukum-hukum yang terdapat nasnya dalam al-Quran.
Menghuraikan nas-nas al-Quran yang mujmal ( ringkas)
Mentaksihkan (menentukan ) maksud nas yang umum
Membataskan hukum nas yang mutlak (tidak terbatas)
Menerangkan hukum yang tidak dinyatakan dalam al-Quran
Hadis sahih :
Hadis yang mempunyai periwayatnya yang bersambung terus dengan Rasulullah SAW.
Periwayatnya seorang yang memenuhi syarat-syarat periwayat hadis, iaitu :• Seorang yang adil.
• Seorang yang kuat ingatannya.
• Seorang yang boleh dipercayai.
• Seorang yang tidak melakukan sebarang dosa
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
95