nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 85

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 7 BIMBINGAN ALAL-QURAN Maksud al-Quran : Segi Bahasa : Al-Quran bermaksud bacaan. Segi Istilah : Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril untuk disampaikan dan diamalkan oleh manusia. Al-Quran bermukjizat, lafaznya dalam bahasa arab dan maknanya daripada Allah SWT yang termaktub dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir. Al-Quran bermula daripada surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas. Membacanya adalah ibadat. • • • • Kandungannya merangkumi pelbagai peraturan hidup, akhlak dan ilmu pengetahuan. Kesucian dan kebenarannya tidak dapat ditandingi oleh manusia dan jin. Kandungan al-Quran kekal dan sesuai sehingga ke hari akhirat. Isi kandungannya tidak bercanggah antara satu sama lain. Al-Quran mempunyai pelbagai nama, antaranya seperti al-Quran. al-kitab, al-Kalam, alFurqan, al-Zikr dan al-Fasl Faktor penurunan al-Quran kepada manusia ialah 1. 2. 3. 4. 5. Akal manusia adalah terhad Akal Manusia mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu Akal tanpa bimbingan daripada wahyu akan menjadi sesat Untuk membimbing kehidupan manusia agar bahagia di dunia dan di akhirat Akal Manusia tidak mampu memikirkan perkara ghaib. Surah yang terdapat di dalam al-Quran berlainan nama dan berbeza panjang dan pendeknya. Surah yang terpanjang sekali ialah surah al-Baqarah dengan 283 ayat, manakala surah yang terpendek pula ialah surah al-Kausar yang hanya mengandungi 3 ayat. Surah dan ayat dibahagikan kepada 30 juzuk. Juzuk yang pertama ialah Alif Lam Mim dan juzuk yang terakhir pula ialah juz Amma Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 84