nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 79

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 6 UNIT 4 ISLAM AGAMA SYUMUL 1. Agama Langit Ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui perantaraan Rasul dan Nabi. Contohnya Agama Islam Ciri-Ciri • • • • • Mempunyai kitab suci yang datangnya daripada Allah SWT seperti al-Quran, Taurat, Zabur dan Injil Mempunyai Nabi dan Rasul sebagai pembawa agama tersebut. Ajarannya lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan sebagainya Sesuai dengan fitrah semulajadi manusia Untuk semua manusia tanpa mengira pangkat dan keturunan 2. Agama Budaya Ialah agama yang diciptakan oleh manusia sendiri hasil daripada pemikiran mereka. Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisme dan sebagainya Ciri-Ciri • • • • • • Ajarannya berdasarkan pemahaman pengasas ajaran itu sahaja. Pengasas ajaran ini adalah terdiri daripada manusia biasa sahaja. Ajarannya tidak lengkap dan hanya merangkumi bahagian tertentu sahaja seperti kerohanian semata-mata Bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia Untuk golongan tertentu sahaja Mempunyai pangkat dan kasta tertentu Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 78