nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 65

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 6 UNIT 1 & 2 : KEDUDUKAN WAHYU KERTAS 1 BAHAGIAN A : Soalan Objektif Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat. 1 Berikut adalah ciri-ciri wahyu, kecuali A Kekal dan terpelihara kesuciannya hingga ke hari kiamat B Menceritakan perkara-perkara ghaib dan samiyat C Kalam Allah yang mengandungi hukum syarak D Diturunkan kepada orang awam 2 Wahyu pertama diturunkan di gua _______________ A Thur B Hira’ C Niah D Tursina 3 Yang berikut contoh-contoh ilmu fardu ain, kecuali ilmu A Syariah B Algebra C Akidah D Akhlak 4 Ilmu yang berkaitan dengan kepentingan hidup di dunia yang membawa faedah kepada manusia dan alam ialah ilmu A falak B fekah C fardu ain D fardu kifayah 5 Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah s.w.t. mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis. Selepas itu, engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya ... (An-Nur :43) Ayat di atas merujuk kepada proses A pembenihan awan B kejadian manusia C persenyawaan D kitar semula 8 Wahyu ialah _____________ A keupayaan berfikir. B ilmu Allah s.w.t. yang hakiki dan kekal. C agama yang mengatur hidup manusia. D kalam Allah s.w.t. kepada nabi dan rasul. Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 64