nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 47

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 4 KONSEP ALAM Maksud Alam Segala mahkluk yang ada di langit dan di bumi yang diciptakan oleh Allah SWT. Untuk kegunaan dan kemudahan manusia. Penciptaan alam ini adalah untuk menyempurnakan kehidupan manusia di dunia. Bahagian Alam Bahagian Alam Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akal manusia. Contohnya seperti haiwan, tumbuhtumbuhan, bahan galian dan sebagainya Alam Ghaib Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia. Kewujudan alam ini dapat di fahami melalui keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah SWT. Contohnya pahala, dosa, Malaikat, alam akhirat, alam arwah, alam arasy dan alam kursi. Perbezaan antara Alam Musyahadah dengan Alam Ghaib ALAM MUSYAHADAH ALAM GHAIB Alam yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia Alam yang tidak boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia. Boleh dimanfaatkan untuk kemudahan manusia Alam Ghaib adalah untuk menguji tahap keimanan manusia Alam yang boleh dikaji dan dibuat penerokaan untuk mengetahui kegunaannya. Akal manusia tidak mampu memikirkan hakikat sebenar alam ghaib Semua manusia dapat melihat alam musyahadah Hanya orang yang mati sahaja akan berada dalam alam ghaib Kenikmatan yang diperolehi di alam ini tidak kekal Kenikmatan yang diperoleh dalam alam ini seperti syurga, neraka akan kekal selama-lamanya Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 46