nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 4

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 1 KONSEP KETUHANAN KONSEP KETUHANAN MAKSUD TUHAN Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang Maha Sempurna, tiada cacat celanya dan dapat di akui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang dapat menyamai dan menandingi kuasa AllahSWT. Ciri-Ciri Ketuhanan 1. Rububiyyah 2. Uluhiyyah Manusia memerlukan Tuhan dalam kehidupan mereka kerana; 1. Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa yang Maha Agung 2. Hanya kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna dan selamat. 3. Kepercayaan kepada Tuhan menyebabkan manusia sentiasa menjauhkan diri daripada perkara-perkara negatif dalam kehidupan. MAKSUD Keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang mentadbirkan dan menguruskan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir lain, melainkan Allah SWT yang maha berkuasa dan Esa. Konsep Rububiyyah 1. Allah SWT Pencipta, Pentadbir dan Pemilik Alam ini. 2. Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya 3. Kekuasaaan Allah SWT meliputi langit dan bumi Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 3