nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 39
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
PERBEZAAN ANTARA MANUSIA DENGAN MAHKLUK LAIN
Malaikat
Jin
Manusia
Di cipta daripada cahaya
Di cipta daripada api
Di cipta daripada tanah
Dijadikan tidak bernafsu
Dijadikan tidak berjisim (
bertubuh badan )
Bernafsu dan akal
Dijadikan tidak berjisim (
bertubuh badan
Bernafsu dan berakal
Berjisim ( mempunyai
tubuh badan )
Tanggungjawab insan
1. TERHADAP ALLAH SWT
1. Menyembah / beribadah kepada Allah SWT dengan cara mentaati segala perintahNya
2. Menunaikan amanah dengan sempurna, iaitu mengagungkan Allah SWT, dengan
tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain.
3. Mengatur kehidupan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.
4. Bersyukur atas rahmatNya dengan cara menggunakan nikmat pemberianNya dengan
sebaik-baiknya.
5. Sentiasa berzikir dengan memuji-muji dan menyebut nama-nama Allah SWT sebagai
tanda mengingati dan mengasihi-Nya
2. Terhadap sesama manusia
1. Memelihara hak sesama insan seper ti memelihara hak-hak jiran, membantu
mereka yang memerlukan bantuan, dan menjalinkan hubungan yang baik tanpa
mengira keturunan, darjat, warna kulit, dan agama.
2. Sentiasa hormat-menghormati dan bertoleransi, terutamanya di kalangan
masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman, maju, dan harmonis.
3. Terhadap Alam
1. Memakmurkan alam, iaitu menguruskan alam secara bijaksana seperti membuat
pembangunan dengan terancang dan tidak merosakkan persekitaran.
2. Memelihara dan memulihara alam agar tidak berlaku kepupusan habitat haiwan
dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber makanan dan perubatan.
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
38