nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 169

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 Perundangan Islam adalah bersumberkan kepada sumber-sumber yang berikut • Al-Quran. Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s yang lengkap dan meliputi setiap aspek kehidupan manusia. 2. Al-Hadis Hadis bermaksud segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW yang berfungsi untuk menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran serta memperincikannya, disamping untuk menetapkan hukum yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran 3. Al-Ijmak Ijmak ialah hasil persepakatan majoriti ulama dalam sesuatu perkara pada masa-masa tertentu tentang sesuatu hukum atau masalah yang tidak jelas nasnya dalam al-Quran atau al-hadis Rasulullah SAW. 4. Al-Qias Qias ialah menyandarkan sesuatu perkara yang tidak ada hukumnya dalam nas kepada sesuatu hukum asal yang mempunyai nas dalam al-quran kerana wujud persamaan ilat (sebab). Contohnya pengharaman dadah diqiaskan kepada pengharaman arak. Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 168