nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 153
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
• Untuk Menegakkan Perundangan dan Hukum Allah SWT.
Hukum Allah SWT. tidak dapat ditegakkan tanpa kuasa pemerintahan. Dengan
terlaksananya negara Islam segala hukum Allah SWT. dapat dilaksanakan dengan senang
dan teratur
2. Untuk Merialisasikan Keadilan.
Keadilan merupakan prinsip utama dalam sistem negara Islam. Dalam melaksanakan
pemerintahannya ketua negara Islam mestilah melaksanakan keadilan kepada setiap
rakyatnya..
3. Untuk Melaksanakan Kebajikan.
Dengan kuasa pemerintahan, kebajikan rakyat akan terbela kerana dasar pemerintaahan
dan pentadbiran Islam dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab keatas setiap rakyatnya,
seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
4. Untuk Mencapai Kebahagiaan Hidup di Dunia dan di Akhirat.
Pemerintah Islam berperanan untuk memastikan rakyatnya mendapat kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat dengan merancang program dan perancangan bagi memajukan
rakyatnya tanpa melanggar hukum Allah SWT.
Piagam Madinah adalah merupakan perlembagaan kepada negara Madinah setelah
Rasulullah S.A.W mendirikan negara Islam di sana.
Piagam ini merupakan asas kepada pentadbiran dan pemerintahan negara yang mencakupi
semua aspek bernegara.
Piagam ini mengandungi 47 perkara yang digubal untuk kesejahteraan rakyat Madinah
keseluruhannya tanpa mengira bangsa, pangkat dan kedudukan seseorang.
Piagam ini juga dikenali sebagai “Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah”
•
•
•
•
•
Untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni
Untuk melindungi hak individu dan masyarakat setempat.
Untuk menyatu padukan semua rakyat di Madinah.
Menjamin kebebasan rakyat untuk mengamalkan ajaran masing-masing.
Untuk menentukan peranan dan tugas Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara.
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
152