nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 151
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
PELAJARAN 15 UNIT 1
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM - NEGARA ISLAM
Negara Islam ialah negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan
pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-hadis serta
Ijtihad yang benar.
Negara Islam juga boleh diistilahkan sebagai Darul Islam, iaitu sesebuah negara yang berada
di bawah kekuasaan orang Islam dan syiar Islam yang meliputi hukum Allah SWT dan orangorang mukmin benar-benar jelas mempunyai kekuatan dalam negara tersebut.
Prinsip negara Islam di bina atas dasar
Musyawarah (as-Syura)
• As-Syura bermaksud bermesyuarat.
• Setiap keputusan dan tindakan dilakukan oleh pemerintah melalui kaedah
bermesyuarat dengan ahli majlis mesyuarat
Keadilan (al-Adalah)
• Negara Islam memberikan keadilan kepada semua rakyatnya tanpa mengira
kedudukan bangsa dan warna kulit.
• Keadilan kepada rakyat untuk mendapatkan segala kemudahan dan dari apa yang
mereka usahakan.
Kebebasan (al-Huriyyah)
• Kebebasan kepada rakyat untuk mendapatkan hak asasi mereka seperti kebebasan
beragama, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan sebagainya.
• Kebebasan untuk mencari dan memiliki harta.
• Kebebasan untuk hidup dengan aman dan selamat
Persamaan (al-Musawamah)
• Persamaan kepada semua warga negara untuk mendapatkan kemudahan dan hak
sebagai warganegara.
• Persamaan dari segi mendapatkan perlindungan dan mencari serta memiliki harta.
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
150