nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 138
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
PELAJARAN 13
ALAMIYYAH
Pengertian Alamiyyah
Alamiyyah bermaksud sejagat, buana, global atau universal, Iaitu menyakini bahawa
ajaran Islam adalah sesuai pada semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan
zaman.
Ajaran Islam sesuai dan dapat diamalkan pada semua tempat, masa dan zaman. Islam
juga untuk semua manusia tanpa mengira kedudukan warna kulit dan darjat seseorang.
1. Manusia adalah sebaik-baik kejadian
Kejadian manusia adalah berasal daripada Nabi Adam. Kemuliaan kejadian manusia
terletak pada akalnya. Dengan anugerah akal itu manusia diamanahkan untuk memaju dan
2. Memakmurkan alam ini mengikut ketetapan Alalh SWT
Keadilan Islam tidak terikat pada bangsa, keturunan atau darjat seseorang. Semua manusia
adalah sama tarafnya disisi Islam kecuali orang-orang yang bertakwa.
3. Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
Islam diturunkan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Oleh itu menjadi
kewajipan setiap muslim untuk menegakkan kebenaran dan